JERANTUT: Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.
Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.
Mereka dibebaskan pada Isnin.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.
"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.
Beliau berkata, polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.
Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.
Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional. - BERNAMA
Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts
Wednesday, 29 August 2012
Thursday, 9 August 2012
Panas!!! Akill Hayy Hentam Abby dan Pas Baik Punya???
Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.
Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing.
"Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat.
"Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka.
"Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik," katanya.
Tambah Akhil, tidak salah sekiranya seseorang artis itu menyokong mana-mana parti politik sama ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS kerana ia adalah hak masing-masing.
Bagaimanapun, golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik?
"Saya rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita.
"Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain.
"Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu.
“Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula," ujarnya.
*Jom kita tengok ceramah beliau... :)
Politik Umno Kantoi Gambar!
Rakyat jadi mangsa fitnah.... Apa kata rakyat?... "Kami tidak mahu Kerajaan yang terdesak macam ini"
Sumber
Sunday, 29 July 2012
Friday, 27 July 2012
Pemikiran Abby Abadi Sangat Cetek – Umie Aida
Sekali lagi laman twitter dihangatkan dengan kes artis yang tidak berpuas hati. Kali ini melibatkan pelakon yang baru sahaja berhijrah ke arah keislaman iaitu Abby Abadi dan juga pelakon Umie Aida.
Kes ini bermula disebabkan kenyataan Abby Abadi yang dilihat sedikit salah oleh Umie Aida. Kenyataan Abby Abadi yang menganggap selebriti yang telah berhijrah seperti dirinya mempunyai ruang bekerja yang terhad di bawah kerajaan sedia ada.
Ini adalah kenyataan Abby Abadi yang menjadi isu kepada beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan pendapat Abby itu.
“Apabila anda berhijrah, ruang untuk anda berkarya secara kreatif adalah terhad, oleh itu kita perlukan drama dan filem yang Islamik. Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, PR perlu menang dan membentuk kerajaan untuk merealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan syariah.”
Tidak bersetuju dengan kenyataan itu, Umie Aida melalui laman twitter telah mengatakan pemikiran Abby abadi adalah sangat cetek. Disamping itu juga, Umie Aida berpesan kepada Abby agar tidak menggunakan unsur politik di dalam menyampaikan dakwahnya. Anda boleh membaca tulisan khas Umie Aida kepada Abby disini.
Thursday, 26 July 2012
Abby Abadi: Selebriti Seperti Saya Hanya Ada Kerja Selepas Kerajaan Tumbang
Kami seronok sebenarnya melihat perkembangan Abby Abadi yang semakin serius dalam bidang politik sehingga mampu mencabar polisi kerajaan. Dan, kami ada cerita untuk di’tulis.
Selepas timbul beberapa isu selepas penghijrahan beliau dan menyertai parti politik pembangkang, Abby Abadi keluarkan kenyataan tentang hala tuju dunia hiburan Malaysia.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, Abby Abadi berkata artis yang berhijrah seperti beliau hanya akan mempunyai kerja selepas kerajaan sedia ada tidak lagi memerintah.
“Apabila seseorang artis itu berhijrah, ruang untuk kita menjadi kreatif menjadi sempit. Untuk yang menari & berlakon, mereka perlukan karya yang lebih Islamik,” ujar Abby Abadi.
“Artis seperti kami hanya akan bekerja dalam industri hiburan kreatif apabila ia’nya selari dengan syariat Islam & semua mesti setia dengan PAS untuk jadikan ia’nya kenyataan.”
Abby Abadi menambah dengan hanya PAS mengambil alih tampuk pemerintahan negara, barulah Malaysia mempunyai kerajaan berlandaskan ajaran al-Quran dan industri yang mengikut garis panduan syariah atau ‘halal’.
Saturday, 21 July 2012
Abby Abadi Kini Sah Ahli PAS Seumur Hidup
Selepas memberitahu media awal bulan lalu yang dia masih belum bersedia untuk menyertai mana-mana parti politik, kemasukan Abby Abadi ke dalam parti PAS untuk mencari erti perjuangan sebenar dan berkongsi pengalaman hidupnya. Kata Abby:-
Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita. Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini.
Semoga dengan kemasukan Abby ke dalam parti PAS akan memudahkan usaha dakwah dan perkongsian pengalaman yang sedang Abby lakukan. Info dipetik daripada Sinar Harian.
Ning Baizura Kecam PAS Kerana Sebar Fitnah
Kisah artis dengan parti politik dah semakin menjadi-jadi pula sekarang, Terbaru dengan tidak semena-mena Ning Baizura turut terlibat sama.. Menurut Ning Baizura melalui account twitternya, Akhbar sinar harian 2 minggu yang lepas ada menyiarkan kenyataan dari salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang mengatakan Ning Baizura antara artis yang bakal menjadi ahli PAS.
Tambah menyedihkan gambar Ning Baizura bertudung untuk sebuah drama tahun lepas juga turut dipergunakan untuk tujuan itu.. Akibat kesesalan dengan tuduhan ini, Ning Baizura telah meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya melalui Twitter.
“PAS sebar fitnah katanya saya Ning Baizura dah masuk parti pembangkang dan sebarkan gambar saya bertudung untuk drama tahun lepas dari koleksi saya!”
Friday, 13 July 2012
Tuntutan Jamal, Amy Search
KUALA LUMPUR – Dua penyanyi terkenal tanah air yang berasa terhina dengan dakwaan kononnya mereka menerima sogokan berjumlah RM10,000 setiap kali mengisytiharkan menyokong UMNO kini tampil dengan tuntutan supaya pihak terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka.
Bagi Amy Search dan Jamal Abdillah, mereka bukan sahaja berasa terhina bahkan sangat sedih dengan tuduhan bersifat fitnah itu.
Menurut mereka, tuduhan tersebut secara tidak langsung menjatuhkan maruah serta kredibiliti mereka sebagai artis yang sudah bertapak lama dalam industri hiburan tanah air.
Menurut Amy Search atau nama penuhnya Suhaimi Rahman, dia tidak pernah menerima wang sogokan daripada mana-mana pihak untuk menjadi ahli UMNO.
“Keputusan saya untuk menyertai UMNO adalah atas kerelaan sendiri dan bukannya kerana disogok dengan wang ringgit.
“Mana-mana pihak yang dakwa saya masuk UMNO kerana dibeli, tunjukkan bukti terlebih dulu sebelum buat kenyataan sedemikian.
“Saya mahu Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan penulis blog, Mariam Mokhtar membuat permohonan maaf secara terbuka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)













