Advertising

Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Monday, 31 December 2012

Serina Redzuwan "Kantoi Menipu"??


Bukan perkara baru individu yang menggunakan pelbagai taktik demi keuntungan tetapi jika ia’nya melibatkan selebriti, wajar dapat perhatian kami. Perasan penting. Heh.

Awal November 2012 lalu, Serina Redzuawan ada mengirimkan sekeping gambar melalui Facebook & Twitter beliau tentang seorang lelaki yang berjaya kuruskan badan.

Menemani gambar tersebut adalah ayat Serina Redzuawanyang seakan mendakwa lelaki tersebut berjaya kurus dengan bantuan satu produk kesihatan yang di’jual oleh beliau.

Menariknya, tuan empunya gambar telah meninggalkan komen bahawa tidak mengambil sebarang produk menguruskan badan apatah lagi produk jualan Serina Redzuawan.

Isu ini yang di’timbulkan oleh seorang peminat di forum Cari ini turut berkata ini bukan kali pertama Serina Redzuawan terlibat dengan ‘penipuan halus’ dalam melariskan produk.


 




Sunday, 30 December 2012

Tidak Akan Kembali Bersama Remy Ishak, Tiz Zaqyah Sudah Temui Pengganti

Okay itu agak pantas. Tetapi ini Tiz Zaqyah ‘kan, satu yang pergi bukan susah untuk dua gazillion lelaki beratur merebut hati pelakon popular ini. Heh.

Dalam temubual terbaru bersama Harian Metro, Tiz Zaqyah membuka mulut tentang apa kemungkinan untuk beliau kembali bersama Remy Ishak selepas hubungan berakhir.

“Apa yang berlalu biarlah berlalu. Usah dikenang atau letakkan apa apa harapan lagi. Saya tidak berani nak cakap lebih-lebih, apatah lagi soal membabitkan hubungan sesama manusia”

“Kemungkinan untuk kami berpatah balik itu mungkin tidak ada agaknya. Saya tak pernah fikir perkara ini, malah kini hanya fokus pada kerjaya,” ujar Tiz Zaqyah baru baru ini.

Menariknya, apabila di’tanya sama ada Tiz Zaqyah sudah pun temui pengganti atau tidak, pelakon ini mengakui yang hatinya kini sudah di’miliki tetapi tidak mahu bercerita lanjut.

Tiz Zaqyah meminta semua supaya tidak lebih membicarakan kisah cinta beliau berbanding kerjaya yang merupakan fokus utama beliau ketika ini. Masih, siapa jejaka bertuah itu? Heh.




Awie Buka Kelab Malam??


Pengakuan Awie yg kini bergelar "Ayahanda" PEKIDA dan DUTA PSIP (Persekutuan Seruan Islam): >>> Saya memang membuka sebuah kelab di Ipoh. Ini bidang saya iaitu hiburan dan kami ada live band di kelab tersebut.

Hebat betul "Ayahanda" Awie... Perniagaan berlandaskan slogan "Amar makruf, Nahi mungkar" Ayahanda Awie ckp dia bukan jual dadah...
Dia jual MINUMAN KERAS jerrr.

Teringin nak dgr apa kata Hassan Ali JATI, PEKIDA, PERKASA dan Tan Sri Dato Harussani Tok Mufti Perak








Saturday, 15 September 2012

3 Kali Pakai Seluar Atas Lutut, Lelaki Tak Boleh Jadi Wali – Abby Abadi


Terkejut juga apabila membaca sebuah artikel . Apa tidaknya, Abby Abadi mengatakan bahawa tidak sah bagi lelaki menjadi seorang wali jika memakai seluar pendek atas lutut lebih 3 kali.

Abby Abadi ketika menyampaikan ceramahnya di Rumah Terbuka Hari Raya di Ampangan, Negeri Sembilan turut menjelaskan bahawa Malaysia berada didalam bahaya dari segi Ekonomi dan Agama.

Tidak menidakkan atau mengiyakan apa yang dikatakan oleh Abby. Mungkin ada seseorang yang lebih layak untuk mengesahkan benar atau tidak hukum ini. Ustaz Azhar Idrus mungkin?


“Tapi Saya Tak Tahu Ajaran Islam Sebenar” – Mislina Mustaffa, Aktivis & Aktress

Bagi yang tidak kenal siapa Mislina Mustaffa, dia adalah seorang aktress yang pernah popular dengan filem-filem bebas seperti Bernafas Dalam Lumpur arahan James Lee & Lampu Merah Hati (Monday Morning Glory) yang diterbitkan pada tahun 2005.

Menerusi filem ‘Mukhsin’ arahan pengarah tersohor Allahyarham Yasmin Ahmad, Mislina telah mengukir nama di bibir-bibir para pengkritik seni dengan bakatnya. Namun, Mislina mula mencipta kontroversi apabila dia terlibat dalam Occupy Dataran yang menyaksikan demonstrasi Perhimpunan Mahasiswa Mansuh PTPTN pada bulan April 2012.

Namun begitu, anda semua pasti tertanya-tanya dengan apa yang aktress ini lakukan sekarang kan? Terlibat dalam sebuah projek tanpa rumah, Mislina hidup bergelandangan dan bereksperimen dengan menginap di sebuah flat yang serba kekurangan serta berkongsi dengan beberapa orang lain dan juga anjing peliharaannya, Atan.

Namun, apa yang lebih menarik dari Mislina yang dikongsikannya didalam sebuah video oleh Malaysiakini ialah mengenai persoalannya tentang kesahihan Islam. Dalam video tersebut, tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Mislina.

“I realise, ok, I’m a born Muslim. But, I do not know the real Islam teaching is.” – minit 14.54

“Because only after 2-3 hundred years, the teaching of Muhammad is being written, by human. And human, they have conflict of interest. They will always have interest.” – minit 15.01

Kenyataannya ini telah menimbulkan kontroversi dan rata-rata para penonton video ini di laman Youtube tidak bersetuju dengan kenyataan Mislina.





Anda boleh tonton sendiri video selepas ini dan nilaikan ya.

Marsha Hiasi Majalah Remaja Edisi September!


Penampilan yang seksi dan mengoda sesuai dengan raut wajahnya yang mempersona membuktikan beliau bijak bergaya dalam apa jua busana yang digayakan.

Marsha Milan Londoh atau dikenali sebagai Marsha yang tinggi lampai ini telah dipilih untuk menghiasi laman hadapan bagi majalah Remaja untuk 15 september 2012!

Sesuai dengan kupasan isu tentang denim, beliau tampil dengan solekan dramatik mencipta aura kejelitaan dan mengaplikasikan juraian rambut menarik dengan jaket serta seluar jeans singkat yang memukau.

Menerusi laman hiburan Remaja, isu kali ini diketengahkan buat si pencinta denim.

Antara isu hangat lain yang bakal dikupas adalah penangan cinta suami orang, 10 gaya mudah selendang sifon, tip mengelak ketiak basah, misi menghilangkan lemak berbonjol, dan banyak lagi info serta tip menarik!

Berikut merupakan video di sebalik takbir pembikinan majalah remaja edisi September 2012:

Rozita Che Wan Sudah Ada Facebook



KUALA LUMPUR: Pelakon popular Rozita Che Wan akhirnya membuka akaun rasmi di laman Facebook (FB) untuk para peminatnya selepas lima tahun berkecimpung dalam dunia lakonan.

Rozita, 39, berkata, pertanyaan yang berterusan daripada peminat mengenai aktiviti dan perkembangannya menjadi faktor dia mendaftarkan akaun FB bernama 'Rozita Che Wan (RCW)' di laman itu.

"Saya buat akaun FB kerana mahu mendekati dan berkomunikasi dengan peminat.

Sebenarnya sudah lama mereka bertanya bila saya akan mempunyai akaun FB sendiri.

"Selama lima tahun menjadi pelakon, saya memang tidak pernah ada apa-apa akaun di laman sosial tidak kira FB, Twitter atau Instagram. Sejak tiga hari akaun itu dibuka, saya sudah mempunyai 400 kenalan," katanya.

Rozita berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya anjurannya di sebuah hotel di sini, petang Jumaat.

Pada majlis yang julung kali diadakan itu, Rozita meraikan sekitar 100 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga, kenalan artis yang rapat dan wakil media.

Antara kenalan artis yang hadir adalah Dafi, Didie Alias, Roslan Shah, Azza (Elite), Fazly Zainal, Zain Saidin, adiknya Ayu Raudhah dan adik ipar Mazlan Pet Pet.

Rozita berkata, idea untuk menubuhkan akaun rasmi itu tercetus sejak dia memeterai perjanjian pengurusan artis dengan syarikat Laugh Out Loud (LOL) Entertainment milik penyanyi Dafi, pada awal bulan ini.

"Akaun FB ini bukan sahaja sebagai platform untuk saya berkomunikasi dengan peminat, malah saya dapat berkongsi aktiviti terbaru dan mempromosikan drama televisyen yang saya bintangi.

"Sejak bernaung di bawah pengurusan LOL Entertainment pada awal bulan ini, kami merasakan penubuhan akaun FB ini idea yang baik untuk mendekati peminat dan tujuan kerja.

"Selama ini, saya uruskan hal ehwal kerja sendirian dan tidak berkesempatan untuk mempunyai akaun sosial.

"Bila sudah ada pengurusan ini tentu saya ada waktu terluang sikit untuk berinteraksi dengan peminat di laman itu," katanya.

Mengenai kerjaya, Rozita berkata, dia bakal memulakan penggambaran telefilem komedi terbaru berjudul Bila Daddy Buat PHD di Perlis pada minggu hadapan.

"Saya juga akan terlibat dalam penggambaran sebuah telefilem Hari Raya Haji juga diterbitkan Zeel Productions selepas ini."Pada Oktober depan, saya akan terlibat dalam drama bersiri Kiah Pekasam untuk musim terbaru.

"Kami dijangka terbang ke Jepun untuk penggambaran," katanya yang akan bercuti ke London, England dan Paris, Perancis bersama Ayu Raudhah tidak lama lagi.

Zed Zaidi Seperti Menepuk Air Di Dulang, Terpercik Ke Muka Sendiri – Hairie Othman

Susulan kenyataan yang agak keras daripada Zed Zaidi tentang artis yang dibayar lumayan untuk memburukkan kerajaan, Hairie Othman tampil membalas kata-kata yang dikeluarkan oleh Presiden Seniman itu. Menurut Hairie Othman, Zed Zaidi seperti menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri. Kalau anda tak faham peribahasa ini, silalah tanya cikgu Bahasa Melayu anda.



Kata Hairie Othman:-

Dia cakap macam itu sebab dia melihat diri dia sendiri agaknya dan dia fikir semua orang berfikiran sama macam dia. Kalau tidak, masakan dia mengakui, artis tidak akan membuat sesuatu dengan percuma. Kalau artis atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Seniman contohnya hendak menyebelahi Umno, tak apa pula, tetapi bila ada yang sokong pihak lain tak bolehkah? Seniman sendiri juga digunakan Umno, tetapi itu pendirian Seniman.

Rossa Kembali Dengan The Best Of Rossa


Kariernya di dalam dunia muzik diakui sebagai salah seorang diva Indonesia terbukti melalui puluhan singlenya meletup di corong-corong radio di Malaysia mahupun Indonesia.

Melalui album ini Rossa berkongsi bersama peminatnya himpunan lagu-lagu hits beliau seperti Pudar, Ayat-Ayat Cinta, Tegar, Atas Nama Cinta, Kini, Ku Menunggu & Terlanjur Cinta.

Uniknya album kali ini, penjualan album Rossa ini di Indonesia hanya boleh didapati di Kentucky Fried Chicken (KFC) dan penjualan album ini menjangkau 1.5 juta unit.

Selain itu, lagu-lagu baru yang dimuatkan di dalam album ini turut berbeza buat pasaran di Malaysia kerana lima buah lagu baru dimuatkan berbanding tiga buah lagu sahaja di Indonesia.

Pertemuan Rossa bersama Joe Flizzow setahun yang lalu turut membuahkan hasil lagu yang sangat istimewa. Lagu ini adalah lagu bahasa Inggeris pertama yang dinyanyikan oleh Rossa di dalam albumnya. Nuansa muzik lagu tersebut juga sangat kental dengan ‘dance music’ dan sisipan rap dari Joe Flizzow.

Ketika sidang media, Rossa turut berkongsi bersama para wartawan ingin menunaikan haji bulan hadapan. Beliau akan berangkat ke Tanah Suci setelah mendaftar setahun lepas. Bercakap mengenai hubungan istimewa Rossa bersama seorang usahawan awal 30-an di Indonesia Rossa terus berteka-teki mengenai status beliau.

Rossa bakal kembali ke Malaysia lagi dalam jangka masa terdekat bagi memenuhi jemputan showcaseyang bakal diadakan kelak. Peminat Rossa, album terbaru Rossa yang sudah berada di pasaran.

Dr Asri Puji Ning Baizura Tarik Diri Dari Show Minuman Keras


Tindakan Ning Baizura menarik diri dari menjayakan persembahan ‘Guinness Arthur’s Day’ yang bakal berlangsung 28 September ini di Souled Out, Mont Kiara, mendapat pujian daripada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.. Menurut Dr Asri, apa jua persembahan yang ada kaitan dengan minuman keras secara langsung ataupun tidak adalah haram.

Ning Baizura yang menarik diri setelah beliau mendapati persembahan itu ditaja oleh jenama minuman keras dan mukanya telah disalahgunakan sebagai poster untuk mempromosikan minuman keras tersebut telah di puji oleh Dr Asri bahkan juga oleh peminat-peminat Ning Baizura sendiri..

“saya ucapkan tahniah kepada Ning. Ini adalah sikap yang baik,”

“sekiranya sebarang persembahan yang diadakan dipercayai mempunyai kaitan dengan kempen mempromosi minuman keras sama ada secara langsung atau tidak langsung, ia adalah haram.”

Tambah Dr Asri lagi, Beliau menggesa agar semua artis untuk memperbaiki diri dengan mendekati asas-asas agama dengan sebaiknya.

“Maksud saya di sini bukanlah untuk menggesa mereka menjadi pendakwah sebaliknya untuk memastikan mereka mempunyai asas agama yang kukuh untuk tidak melanggar batas agama walaupun mereka terlibat dalam bidang hiburan,” (Sinar Harian)


Lisa Surihani Tidak Akan Sertai KRU Studios


Apabila Lisa Surihani yang mengesahkan tidak lagi bernaung dibawah Metrowealth (MIG) setelah kontraknya bersama MIG tamat pada 10 ogos yang lalu, ramai yang membuat spekulasi bahawa Lisa Surihani akan menandatangi kontrak bersama KRU Studios.. Lisa Surihani yang dihubungi pihak media menidakkan spekulasi tersebut..

“Saya tidak akan menyertai KRU Studios. Bukan kerana tidak yakin dengan pengurusan mereka . Tetapi saya melihat peluang bergerak sendiri ini sebagai satu peluang untuk saya belajar sesuatu. Saya perlu kukuhkan karier lakonan saya dengan usaha sendiri. Bukan selamanya mengharapkan bantuan pihak lain. Selain itu, saya juga tidak mahu suami saya (Yusry Abdul Halim) melalui konflik kepentingan apabila saya bernaung dengan KRU Studios.”

“Kami telah pun berbincang tentang perkara ini, dan kami sepakat adalah lebih baik saya tidak bersama KRU. Keputusan ini sebenarnya telah lama saya buat, iaitu sebelum saya mengenali Yusry lagi. Saya memang sudah merancang untuk tidak menandatangani mana-mana kontrak seandainya kontrak saya bersama MIG berakhir. Bukan soal selesa atau tidak selesa bersama KRU, tetapi saya harus melihat dalam konteks yang lebih besar apabila suami-isteri berada di dalam satu syarikat yang sama” (Gua)

Ada betul juga apa yang dikatakan Lisa Surihani tu.. MyGosip yakin dengan pengalaman yang luas dalam bidang seni, Lisa mampu merencana kerjaya seninya sendiri..

Artis Dibayar Ribuan Ringgit Untuk Burukkan Kerajaan – Zed Zaidi


Zed Zaidi yang juga Presiden Seniman mendedahkan terdapat segelintir artis yang dibayar puluhan ribu ringgit oleh parti politik tertentu untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.. Menurut Zed Zaidi artis-artis berkenaan akan hadir dalam ceramah-ceramah anjuran parti politik itu dan mereka akan diberi imbuhan berlipat kali ganda berbanding ketika mereka aktif dalam dunia seni sebelum ini.

“Hasil maklumat yang kami peroleh, artis-artis yang cenderung kepada parti politik tertentu dengan menyertai ceramah-ceramah mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni.”

“Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan,”

Tambah Zed Zaidi lagi, parti politik berkenaan terpaksa menggunakan artis kerana golongan ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam menarik orang ramai menghadiri ceramah mereka.

Malah ujarnya, terdapat juga artis yang terpaksa berbuat demikian untuk mengalih perhatian bagi menutup kisah hitam masing-masing sebelum ini.

“Ada juga artis yang berhijrah tetapi bukannya benar-benar berhijrah sebaliknya sekadar mahu menutup kisah buruk diri yang pernah dilakukan semasa bergelar artis.”

“Ia bukan langkah yang bijak sebaliknya mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu sebelum pilihan raya umum sahaja.”

“Selepas pilihan raya, saya pasti artis-artis ini akan senyap kerana sudah tiada jemputan untuk mereka sertai ceramah,”

Monday, 3 September 2012

Isteri Sham Kamikaze Fail Cerai & Dakwa Suami Tidak Bertanggungjawab

Satu berita yang agak mengejutkan hari ini, isteri kepada Sham Kamikaze telah memfailkan penceraian pada 30 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Farazila Abdul Jabar mengambil keputusan tersebut selepas pelbagai usaha di’lakukan untuk menyelamatkan hubungan mereka menemui jalan buntu.

“Saya ambil keputusan untuk memohon cerai daripada Sham kerana sudah tidak boleh hidup bersamanya lagi. Kami hanya bahagia pada tahun pertama perkahwinan sahaja”

Di’tanya wartawan sama ada kisah pernikahan Sham Kamikaze dengan seorang wanita awal tahun ini menjadi punca beliau mengambil keputusan ini beliau menjawab;

“Jika benar Sham bernikah lagi, saya sebagai isteri pertamanya reda bermadu tetapi sikap tidak bertanggungjawabnya dalam urusan rumah tangga membuatkan saya kecewa & tawar hati”

“Mengenai cerita dia bernikah lagi, 3 kali saya bertanya kepada dia untuk kepastian tetapi dia tidak mengaku & berdolak dalik. Malah, dia mula menjauhkan diri, tidur berasingan dan bersikap kasar terhadap saya,”

Farazila Abdul Jabar & Sham Kamikaze berkahwin pada 17 Ogos 2008 yang lalu. Dan, dengan berita ini kami sebenarnya semakin sangsi dengan kemampuan Sham Kamikaze untuk berdakwah apabila diri sendiri seperti tidak jujur & bertanggungjawab terhadap keluarga.



Sham Kamikaze Bercerai???


Ketika ini, pastinya ramai peminat dunia hiburan sedang sibuk memperkatakan tentang isu penceraian antara Sham Kamikaze & isterinya, Farazila Abdul Jabar.

Semenjak laporan timbul pagi tadi, pelbagai spekulasi timbul berkaitan apa yang sebenarnya berlaku di’sebalik keputusan si isteri untuk memfailkan permohonan cerai.

Tidak mengambil masa panjang, Sham Kamikaze mengeluarkan kenyataan ringkas melalui Facebook peribadi beliau berkaitan isu ini yang masih di’ceritakan sebelah pihak.

“Mungkin anda telah, sedang ataupun akan membaca ‘kisah’ tentang rumahtangga saya. Diharapkan agar anda bersabar dan hormatilah hak peribadi rumahtangga orang lain.”

“Jangan buat spekulasi dan tohmahan atau apa yang anda tidak jelas. Yang pasti, semuanya akan terjawab apabila tiba masanya kelak Insya Allah,” tulis Sham Kamikaze.

Laporan berita pagi tadi menyebut yang Farazila Abdul Jabar memfailkan permohonan cerai terhadap Sham Kamikaze atas alasan suami’nya itu sudah tidak bertanggungjawab.

“Bersabarlah menunggu kenyataan rasmi daripada saya kelak InsyaAllah. Diharapkan agar para sahabat semua tidak memanjangkan pertanyaan itu kepada mana mana pihak,” tambah beliau lagi.





Wednesday, 29 August 2012

Gitarist Malaysia: Konsert G4 menjelang 30 September ini!


SEMUA peminat muzik gitar sebenarnya ternanti-nati konsert yang julung-julung kali menggabungkan empat gitaris tersohor negara iaitu Man Kidal, Hillary Ang, Kid Search dan Joe Wings di pusat hiburan KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 30 September ini.

Konsert yang dinamakan G4 itu bakal berlangsung selepas sambutan Aidilfitri turut membuatkan keempat-empat mereka berdebar-debar untuk mengetahui maklum balas peminat mereka nanti.

Sepanjang bulan Ramadan lalu dan awal Syawal ini mereka hanya bercuti beberapa hari saya sebelum menumpukan kembali strategi untuk membuatkan konsert hampir dua jam itu menjadi momen yang tidak dapat dilupakan oleh peminat gitar.

Bagi Kid, walaupun dia dan ketiga-tiga Joe, Hillary dan Man sudah mengenali antara satu sama lain hampir 25 tahun, namun mereka tidak pernah membuat persembahan bersama-sama. Jadi dengan platform yang diberikan oleh RK Polaris selaku penganjur konsert itu dapat memberi nilai eksklusif kepada empat gitaris ini dan peminat mereka.

Pemain gitar tersohor kumpulan Search ini berkata, memandangkan ramai golongan muda yang berbakat dalam bermain gitar, persembahan mereka dalam konsert G4 nanti adalah satu platform yang baik untuk mereka ketahui selok-belok bermain alat muzik itu.

“Saya pasti terdapat jumlah besar komuniti yang berminat terhadap instrumen gitar ini, jadi inilah yang boleh saya dan G4 berikan untuk mereka lebih kenali persembahan gitar ini,” ujarnya.

Tambah Kid, konsert itu juga untuk memberi kepuasan kepada dirinya sendiri dan mahu penonton tersentuh dengan hasil persembahan mereka serta berjanji akan memberi kesungguhan yang maksimum nanti.

Sementara menurut Joe, persiapan persembahannya secara solo selama hampir 30 minit sudahpun dirancang dengan teliti tetapi persembahan berkumpulan bersama empat lagi rakannya itu masih dalam perbincangan. Dia yang mahukan yang terbaik untuk konsert itu nanti berharap menerima respons baik daripada peminat gitar yang masih belum melihat persembahan solonya tanpa mewakili kumpulan Wings.

“Apa yang pasti akan ada nyanyian tetapi sama ada saya yang akan menyanyi atau ada penyanyi jemputan itu adalah kejutan saya kepada peminat nanti,” ujarnya yang berharap konsertnya nanti akan diterima peminat tegar gitar.

Walau bagaimanapun, persembahan berkumpulan masih belum diputuskan dan masih dalam perbincangan.

“Itu mungkin diputuskan selepas hari raya, untuk persembahan solo saya juga, saya akan mempersembahkan petikan gitar itu daripada lagu yang sudah biasa didengari pendengar tetapi bukan dari lagu Wings,” ujarnya.

Keterujaan

Dalam pada itu kata Man Kidal pula, dia sesungguhnya teruja untuk menanti respons peminatnya nanti dan berharap penonton tidak membandingkan dengan pemain gitar dari luar negara.

Jika berjaya nanti, Man Kidal tidak menolak kemungkinan mengadakan konsert mini bergerak untuk peminat gitar di seluruh negara.

“Sudah tentu kami semua mahu konsert ini berjaya, kami yang akan buat percubaan pertama adakan konsert seumpama ini, ia sudah berada di landasan untuk mencapai visi bagi pemain gitar lain,” ujarnya ketika ditemui pada sesi fotografi di studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dia berjanji akan memberikan persembahan terbaik yang akan memberikan impak kepada peminatnya apabila membuat persembahan solo selama hampir

30 minit nanti.

Bekas gitaris kumpulan Search dan Cromok, Hillary Ang pula mempunyai persepsi tersendiri mengenai debaran untuk terbabit dengan konsert tersebut.

Katanya, persiapan dan latihan sudah diadakan tetapi dia masih belum memutuskan sebarang keputusan kerana masih menunggu maklum balas penerbit konsert tersebut.

“Nanti lepas hari raya mungkin semua akan diputuskan secara muktamad, apa-apa pun harapan saya konsert ini akan berjaya,” ujarnya yang sedang sibuk menyiapkan susunan lagu untuk album terbaharu kumpulan Wings.

Sambutan raya

Sempena Aidilfitri ini, kumpulan G4 tetap membuat persiapan menyambut hari raya tetapi secara sederhana sahaja.

Kid dan keluarga yang pertama kali menyambut hari raya di Kuala Lumpur akan berusaha membuat sesuatu kepada dua anaknya, Fazdeanda, 19, dan Aaqil Naguidean, 8, supaya mereka tidak berasa kebosanan nanti.

“Biasanya kami pulang ke Ipoh, Perak tetapi disebabkan sekarang ibu mertua yang sakit tinggal bersama, rancangan untuk pulang ke kampung terpaksa ditangguhkan, jadi saya kena buat sesuatu yang menarik untuk dua anak saya supaya mereka gembira beraya di Kuala Lumpur,” ujarnya yang bercadang untuk membawa kedua-dua anaknya ke Berjaya Times Square.

Jika menyambut hari raya di Kuala Lumpur agak asing bagi Kid, Joe pula sudah hampir 10 tahun menyambut Aidilfitri di ibu kota.

“Pagi raya mesti ada ketupat, rendang dan lontong, semua itu isteri saya dan mak mertua yang masak,” ujarnya yang beruntung kerana keluarga mentuanya tinggal berdekatan kawasana rumahnya.

Ujarnya, kebiasaan keluarganya akan bertukar-tukar juadah dengan keluarga mentua manakala pada hari raya kedua anak-anaknya akan ke Singapura untuk beraya di rumah ibu saudara mereka.

Bagi Man Kidal pula, dia pulang ke Mersing, Johor selama empat hari dan hidangan wajib hari raya baginya adalah lontong dan rendang.

“Kami beraya sederhana sahaja, dapat balik kampung, makan lontong sudah cukup,” ujarnya.

Berlainan dengan Hillary disebabkan bukan beragama Islam, ketika hari raya dia lebih suka menonton televisyen dan berehat di rumah sahaja.

“Biasanya saya tinggal di rumah

Noh Hujan, Mizz Nina Berlakon


NAMA pasangan suami isteri Mohammad Noh Salleh, 27, dan Shazrina Azman, 32, atau lebih sinonim dengan panggilan Mizz Nina sudah semestinya cukup gah sebagai antara penyanyi di negara ini.

Noh dikenali ramai selaku vokalis kumpulan Hujan yang baru sahaja muncul juara program Versus pada Jun lalu, manakala isterinya pula sudah acap kali berkolaborasi dengan ramai penyanyi antarabangsa.

Dengan nama kedua-duanya yang sudah semakin kukuh dalam industri nyanyian, ternyata wajah Noh dan Mizz Nina kini dapat disaksikan pula di layar perak menerusi filem berjudul Hantu Gangster.

Menceritakan tentang pembabitan mereka dalam filem berunsur komedi seram itu, Noh yang ditemui pada acara malam gala filem berkenaan di GSC Maxx Berjaya Times Square menyatakan semuanya berlaku secara kebetulan.

"Penerbit Eksekutif filem ini iaitu Fred Chong dan saya memang sudah lama saling mengenali. Jadi dia telah mengajak saya untuk sama-sama terbabit dalam filem ini.

"Kemudian saya beritahu supaya tidak mengajak saya seorang sahaja, sebaliknya saya turut mencadangkan nama Nina untuk terbabit sama dan persetujuan akhirnya dicapai apabila Fred bersetuju dengan cadangan tersebut," jelasnya.

Menurut Noh, biarpun penampilannya dalam filem berkenaan hanya sebagai cameo, pengalaman dapat terbabit dalam penggambaran filem dianggap cukup bermakna, malah layanan yang diterima daripada pihak produksi juga sangat memuaskan.

Ujarnya, sebagai individu yang langsung tidak ada sebarang pengalaman atau latar belakang dalam lakonan, dia teruja kerana banyak yang dipelajari tentang selok-belok dunia lakonan.

"Kalau setakat penggambaran yang dilakukan berulang kali itu pastinya normal buat orang seperti saya yang tidak pernah terfikir untuk berlakon filem, namun pengalaman yang diraih itu ternyata lebih berharga," ujarnya yang pernah muncul dalam drama Projek Pop bersama kumpulan Hujan sebelum ini.

Ditanya sama ada pembabitannya dalam filem berkenaan sebagai langkah awal untuk dia terjun ke bidang lakonan, Noh menegaskan ia sekadar percubaan dan tidak pernah terfikir untuk serius berlakon.

Jelas Noh, pembabitannya dalam filem tersebut juga lebih kepada memenuhi permintaan rakannya yang beria-ia mahukan dirinya dapat tampil dalam filem tersebut.

"Lagipun saya sekadar muncul sebagai cameo dan watak yang diberikan tidaklah terlalu besar. Kalau saya disuruh membawakan watak utama, secara jujurnya memang saya tidak akan melakukannya.

"Rasanya lebih baik kalau saya terus beri fokus kepada dunia nyanyian sahaja, namun saya akan mempertimbangkan kalau ada lagi menerima sebarang watak yang kecil," ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya tentang projek terbaharu Hujan, Noh menjelaskan kumpulannya bakal mengadakan konsert siri jelajah di beberapa buah lokasi yang akan ditentukan kemudian.

Menurutnya, konsert berkenaan diadakan sebagai satu penghargaan istimewa kepada peminat yang telah banyak menyokong mereka sehingga muncul juara program Versus dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000.

"Kalau mengikut perancangan, konsert ini akan bermula selepas hari raya nanti. Namun, buat masa sekarang kami masih lagi dalam peringkat perbincangan mengenai lokasi konsert yang bakal berlangsung," ujarnya.

Sekadar mencuba

Berkenaan dengan pembabitan dalam bidang lakonan, Mizz Nina turut mempunyai pandangan yang sama seperti suaminya iaitu tidak mahu serius berlakon dan mahu memberi sepenuh komitmen kepada nyanyian.

Jelas Nina, dia juga sekadar tampil sebagai cameo dalam filem Hantu Gangster dan terbabit secara tidak sengaja memandangkan Noh terlebih dahulu ditawarkan untuk berlakon.

"Kalau diikutkan cuma Noh yang terbabit dalam filem ini, tetapi dia telah mencadangkan nama saya sekali. Bila difikirkan inilah masanya untuk saya mencuba bidang yang baharu.

"Namun, saya tidak pernah terfikir untuk lebih serius dalam lakonan kerana minat saya memang dalam bidang nyanyian. Asalkan mendapat pengalaman itu sudah bermakna buat diri saya," ujarnya.

Menerusi percubaan sulungnya itu, penyanyi tersebut memberitahu banyak pengalaman menarik yang diperoleh, termasuk bekerjasama dengan ramai pelakon popular tanah air.

"Sekarang ini saya sudah dapat sedikit pengetahuan tentang kerja-kerja penerbitan sesebuah filem. Malah, saya dapat rasa kerjaya sebagai seorang pelakon ini bukanlah mudah," jelasnya.

Lancar album

Jika suaminya bakal mengadakan konsert siri jelajah bersama kumpulan Hujan, ternyata Mizz Nina juga turut mempunyai perancangan yang sama dengan mengadakan konsert di beberapa buah lokasi seperti Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

Selain itu, penyanyi yang popular menerusi lagu What You Waiting For itu bakal meluaskan sayapnya ke Australia untuk mengadakan mini konsert serta pelancaran album keduanya iaitu Take Over.

"Mungkin pada bulan Oktober ini saya akan pergi ke Melbourne, Australia dan mengadakan majlis pelancaran album terbaharu saya di sana. Sebelum ini album berkenaan terlebih dahulu dilancarkan di Malaysia sekitar bulan Mei lalu.

"Tujuan saya ke sana kerana mahu cuba untuk menembusi pasaran jualan album serta mengembangkan lagi karier nyanyian saya. Sudah tentu saya berharap dapat diterima peminat di negara tersebut," jelasnya.

Menurut Nina, pada masa yang sama muzik video terbaharunya untuk lagu Summer Burning bakal dilancarkan selepas hari raya ini. Dalam muzik video tersebut dia bergandingan dengan DJ Poet.

"Lagu Summer Burning ini tidak terkandung dalam album baharu saya, sebaliknya ia dihasilkan untuk single sahaja. Saya beruntung kerana dapat berkolaborasi dengan DJ Poet kerana dia sememangnya agak terkenal dan pernah bekerjasama dengan kumpulan Black Eyed Peas," ujarnya,

Tauke Raja Lawak Sah Bercerai!


Pelawak yang lahir menerusi program realiti Raja Lawak, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 36, mengesahkan sudah melafazkan cerai talak satu ke atas isterinya, Meera, 23, pada 12 Ogos lalu.
“Sekarang saya sudah tiada apa-apa hubungan dengan dia dan memang saya sudah kembali solo sejak dua minggu yang lalu,” katanya yang dihubungi oleh Sinar Harian.

Sebelum ini heboh diperkatakan Tauke dan Meera sudah tidak tinggal sebumbung dan dia juga sudah lama tidak bertemu Meera. Tauke menjelaskan;

“Memang benar sebelum ini rumah tangga kami dilanda krisis agak besar apabila dia keluar dengan membawa semua pakaiannya, pada bulan Julai lalu dan puncanya biarlah saya rahsiakan saja."

Perkahwinan ketiga Tauke dengan model sambilan itu berlangsung pada April lalu dan dia mempunyai enam orang anak hasil daripada dua perkahwinan terdahulu.

Filem SAM Kutipan Hanya 1.4 Juta???


Filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) karya pengarah termuda negara, Syafiq Yusof, mencatatkan kutipan RM1.4 juta sepanjang 12 hari tayangannya di seluruh negara.
“Alhamdulilah, setakat ini SAM sudah mencatatkan kutipan sebanyak RM1.4 juta dan saya berpuas hati dengan jumlah itu kerana perlu bersaing dengan dua lagi filem tempatan yang ditayangkan serentak dengan SAM," ujar Syafiq ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Rata-rata peminat yang sudah menonton filem itu memberi komen memberangsangkan terhadap filem ini kerana kelainan jalan cerita yang diketengahkan selain pengisian serta aksi lasak yang ditonjolkan berjaya menarik minat penonton.

Filem yang dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Lisa Surihani, Azad Jasmin dan Neelofa ini telah menemui penonton sejak 16 Ogos lalu.

Izara Aishah Cerewet


Izara Aishah merupakan nama yang tidak asing lagi di arena seni lakonan tanah air. Bakatnya mula dicungkil menerusi drama bersiri TV3 Vanila Coklat yang pernah ditayangkan untuk slot Lestary pada Disember tahun lalu.

Selesai sahaja berlakon dalam drama bersiri Vanila Coklat, nama Izara Aishah terus meningkat naik dan kemunculannya mula mendapat perhatian semua pihak. Selain berlakon, Izara turut dipilih menjadi duta untuk produk terkenal Cosry Purple Label, dan yang terbaru duta makanan segera, Burger King.

Izara memaklumkan kepada pihak Sinar Harian bahawa beliau merupakan seorang yang cerewat dalam bab untuk menerima tawaran sebagai duta, dan beliau hanya memilih produk tertentu sahaja.

“Saya memang cerewet dalam bab ini dan hanya memilih produk yang boleh membantu karier saya. Selain itu, saya juga akan meneliti terlebih dahulu tugas saya sebagai duta dan pasaran sesebuah produk,” ujar Izara Aishah.

Izara turut mengaku, dengan penglibatan beliau sebagai duta untuk sesuatu produk, secara tidak langsung ia dapat mendekatkan dirinya kepada peminat-peminat.

Persembahan Pertama Ariel NOAH Untuk Peminat Di Malaysia September Ini


Berita baik kepada semua peminat Ariel NOAH atau sebelum ini lebih di’kenali dengan nama Peterpan. Selebriti popular Indonesia ini bakal turun Malaysia bulan hadapan.

Ariel hadir bersama kumpulan beliau, NOAH akan menjayakan konsert Tentang Bahtera yang akan turut menampilkan Sixth Sense, The Malayan and trio Gamaliel Audrey Chantika.

Pasti ada anda yang bertanya siapakah trio Gamaliel Audrey Chantika? Mereka ini popular di Youtube dengan bakat mereka menyanyikan semula lagu pop popular.

Sixth Sense & The Malayan yang di’kepalai Andy (Flop Poppy) bersama anak’nya tidak perlu di’perkenalkan lagi kepada peminat muzik di Malaysia hari ini.

Konsert penuh Tentang Bahtera ini bakal berlangsung pada 16 September ini bertempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur & di’anjurkan oleh Livescape.

Untuk anda yang berminat, tiket tiket bermula pada harga RM55 boleh mula di’dapati melalui Ticketpro.


Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...