Advertising

Friday, 10 August 2012

Kad Kahwin Ustaz Don Daniyal Comel Sangat


Selepas membuat pengakuan telah bertunang baru-baru ini, pasti ramai yang teruja untuk mengetahui tarikh perkahwinan Ustaz Don Daniyal. Terima kasih kepada seorang pembaca yang mengirimkan gambar kad perkahwinan Ustaz Don dan Husna seperti di bawah. Comel sangat kad kahwin ini. Cute gila kan?
Sayangnya tidak pula dinyatakan bila tarikh perkahwinan akan dilangsungkan antara Ustaz Don Daniyal dan Husna. Apa pun ucapan tahniah sangat-sangat kepada pasangan ini atas berita gembira ini. Semoga segalanya berjalan lancar dan rumah tangga yang dibina kekal abadi sehingga ke akhir hayat


Jom kita tengok ceramah oleh Ustaz Don Daniyal dibawah. Penulis mengenali ustaz ni dari video ni asalnya.. dari video ni la terus suka cara dia bagi ceramah... :)








Thursday, 9 August 2012

Serius Comel: Video Nora Danish & Rayqal Bermain Spider-Man


Bukan susah untuk tahu yang kami sedang kekeringan gossip panas, maklumlah Ramadhan dan video sebegini pun mampu kami jadikan berita terkini untuk anda.

Video terbaru daripada Youtube Nora Danish ini menunjukkan aktress ini bersama anak lelaki tunggal beliau, Rayqal bersantai di’rumah bermain figura aksi Spider-Man.

Tonton video berdurasi 33 saat tersebut selepas ini juga Nora Danish bakal muncul tidak lagi dengan filem baru Aku Terima Nikahnya, gandingan bersama Adi Putra.



Tampil Bertudung Di MHI, Nurul Syuhada Nurul Ain Telah Berhijrah?

Betapa ironi’nya sebuah laman hiburan & gossip Malaysia tidak mempunyai set televisyen di’pejabat. Jadi’nya, kami terlepas untuk menyaksikan sendiri imej baru selebriti ini.

Namun, pagi ini agak kecoh juga di Twitter apabila beberapa orang yang menonton Malaysia Hari Ini (MHI) terkejut dengan imej & penampilan terbaru Nurul Syuhada Nurul Ain.

Nurul Syuhada di’lihat manis bertudung ketika muncul dalam program MHI pagi ini dan rata rata mereka di Twitter menerima penghijrahan pengacara ini dengan baik.

Rakan sekerja Nurul Syuhada di TV3, Jay Amalina menerusi akaun Twitter beliau menulis “Oh, the MHI host Nurul Syuhada sekarang berimej baru. She looks prettier. Alhamdulillah.”

Beberapa respons peminat di Twitter yang menyambut baik penghijrahan Nurul Syuhada ini boleh anda baca selepas ini & tahniah Nurul Syuhada di’atas imej baru ini.



Panas!!! Akill Hayy Hentam Abby dan Pas Baik Punya???

Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing.

"Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat.

"Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka.

"Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik," katanya.

Tambah Akhil, tidak salah sekiranya seseorang artis itu menyokong mana-mana parti politik sama ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS kerana ia adalah hak masing-masing.

Bagaimanapun, golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik?

"Saya rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita.

"Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain.

"Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu.

“Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula," ujarnya.

*Jom kita tengok ceramah beliau... :)

Ustaz Azhar Idrus - Hukum Pakai Inner



Sekarang ramai pakai camni. Harap2 lepas ni makin kurang or xdak dah la yang pkai macam ni.. Selamatkan rakan2 korang semua. Share artikal ni pada yang lain... :)




Politik Umno Kantoi Gambar!


Rakyat jadi mangsa fitnah.... Apa kata rakyat?... "Kami tidak mahu Kerajaan yang terdesak macam ini"

Sumber

Lokasi Speed Trap Sepanjang Ramadan dan Raya 2012






PLUS ARAH UTARA

■Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
■Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
■Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
■Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
■Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
■Under the newly constru
cted bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
■Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS Arah Selatan

■Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
■Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
■Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
■Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
■Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
■About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
■At 296.5km and 297km, Bangi junction.
■Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
■At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
■On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
■After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
■Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/Utara

■On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
■Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/Selatan

■Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
■After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h

NKVE Arah Timur/Utara

■300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
■Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
■Below bridge at Damansara Junction, 17.5km

NKVE Arah Barat/Selatan

■Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
■From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
■From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
■Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
■Below railway bridge at 11.2km
■Under the bridge at Shah Alam junction.

Lebuhraya Kesas Timur

■Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
■Kesas West Bound
■At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
■Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.
Lebuhraya Kesa – Klang
■Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!

Leburaya Pantai Timur

■East bound, downhill run after Raub junction.
■Maran, 60km/h zone.
■Paya Bungor, 70km/h zone.

Kawasan Negeri Johor Arah Selatan

■Tangkak junction.
■Under the bridge after Yong Peng
■North junction at 97.3km.
■Ayer Hitam junction.
■Sedenak junction.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Utara

■Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
■Before Perwaja Steel.
■Sg Petani junction.
■Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
■Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Selatan

■Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h.
■About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.

Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara

■Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.
■Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
■Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
■Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
■Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
■Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
■Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
■Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
■Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
■Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
■Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
■Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

Kawasan Perak Arah Selatan

■Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
■Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
■Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
■Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
■Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
■Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
■Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction

Sunday, 5 August 2012

Fara saman blog RM1 juta


NOORFARAASHIKIN tenang diapit dua orang peguamnya, Amir Hamzah dan Nizam Bashir pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Nama dan wajahnya dikenali ramai setelah bernikah dengan penyanyi, Datuk Hattan. Namun, jodoh mereka tidak panjang. Fara hanya bergelar isteri kepada penyanyi tersebut selama 62 hari.

Rentetan daripada perkahwinan itu, sebuah blog menyiarkan gambar peribadi Fara yang menurut Fara merupakan satu fitnah terhadap dirinya.

Jelas Fara, penyebaran gambar itu bermula sekitar tahun 2008 selepas akaun e-mel miliknya digodam. Penggodam berkenaan juga mencipta e-mel lain dan menyebarkan gambar-gambar tersebut dengan niat untuk menjatuhkan maruah dan reputasinya.

Sekali lagi pada tahun 2011, akaun Facebook Fara digodam oleh pihak lain sebelum memuat naik beberapa artikel palsu yang bertujuan mengaibkan dirinya.

Tegas dan mahu perkara ini diambil serius, Fara memfailkan saman terhadap pengendali blog Oh! Bulan.

Kenapa Fara mahu saman pemilik blog tersebut?

FARA (F): Tindakan ini bagi memberi pengajaran kepada blog tersebut selain membersihkan nama saya daripada isu fitnah. Saya dan pihak peguam juga sedang mempertimbangkan untuk mengheret beberapa blog lain ke muka pengadilan berhubung kes yang sama.

Saya berasakan tindakan ini adalah wajar memandangkan reputasi dan bisnes saya terjejas dengan penyebaran cerita tersebut.

Adakah tuntutan ini setimpal dengan kesalahan blog tersebut?

F: Ini bukan soal duit. Saya lihat isu ini daripada sudut berbeza. Tak usah bercakap soal jumlah RM1 juta itu tetapi apa yang mereka telah lakukan pada saya lagi teruk. Orang mula curiga dengan saya malah ada yang percaya bulat-bulat berita yang disebarkan itu.

Terukkah kesan fitnah itu terhadap diri dan bisnes Fara?

F: Paling teruk ialah fitnah tersebut menjejaskan bisnes dan reputasi saya. Penyebaran fitnah seperti itu memang tidak boleh dimaafkan. Lebih malang, mereka langsung tidak memberi respons apabila peguam saya mengambil tindakan awal sebelum ini.

Adakah tindakan saman ini satu ancaman kepada blog hiburan tempatan yang lain?

F: Ini adalah pengajaran buat mereka. Saya bukan artis mahupun selebriti yang perlu mereka jadikan mangsa.

Harap-harap tindakan undang-undang ini mampu memberi pengajaran kepada semua pihak agar lebih bertanggungjawab dengan apa juga penyebaran berita selepas ini. Kita perlu ada etika dalam kerja masing-masing.

Mungkin Amir selaku peguam boleh terangkan perkembangan kes ini?

AMIR (A): Kira-kira dua minggu lalu kami memfailkan kes ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan masih menanti pernyataan pembelaan daripada blogger terbabit.

Bukan tidak ada cara lain yang boleh dilakukan tetapi mereka hanya berdiam diri. Kita pernah hantar satu surat tuntutan pada Mac lalu. Kalau boleh kami mahu menyelesaikan kes ini secara baik di luar mahkamah.

Mereka (pihak terlibat) menulis tanpa mengambil kira kesahihan berita itu. Tidak ada yang menghubungi anak guam kami untuk mendapatkan penjelasan atau bertanyakan tentang kebenaran bahan yang hendak disiarkan itu.

Sudahkah laporan polis atau aduan kepada pihak berkuasa lain dibuat?

A: Anak guam saya telah membuat banyak laporan polis berhubung dengan hal penggodaman iaitu sejak tahun 2008 lagi. Selain pihak polis, laporan juga dibuat kepada pihak Cyber999 dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Berikutan dengan insiden penggodaman dan pemalsuan artikel berkenaan, beberapa blog dan laman web media tempatan telah menggunakan artikel palsu tersebut sebagai bahan untuk pembaca mereka termasuklah blog yang disaman oleh Fara.

Bagaimana dengan tindakan lanjutan daripada pihak SKMM?

A: Setakat ini tiada tindakan lanjut daripada pihak SKMM. Boleh dikatakan mereka gagal mengambil langkah yang efektif untuk menangani jenayah siber seperti penggodaman dan penyebaran berita palsu.

Enggan komen, serah kepada peguam


KES saman-menyaman melibatkan artis bukan berita luar biasa dalam industri hiburan tempatan. Saman juga tidak mengenal jumlah bintang atau pencapaian artis. Terbaharu, satu surat saman kepada pelantun lagu Awan Nano, Hafiz mengejutkan ramai.

Hafiz disaman bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan Astro, Nur Haniza Mohd. Azhar, 25, kerana jejaka dari Kuching, Sarawak itu didakwa menyebabkan kecederaan kepadanya.

Dalam fail tuntutannya, Nur Haniza selaku plaintif menamakan Hafiz atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi lebih RM200,000.

Saman itu dihantar ke pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co, Selasa lalu.

Sebagai juara program realiti hiburan Akademi Fantasia musim ketujuh dan pemenang anugerah Vokal Lelaki Terbaik untuk dua tahun berturut-turut pada Anugerah Juara Lagu, pada usia 22 tahun, Hafiz dilihat sebagai bintang yang sedang berada di puncak.

Digemparkan dengan kes saman gara-gara satu perselisihan faham yang berlaku setahun lalu sedikit sebanyak meninggalkan garis hitam pada namanya.

"Memang benar itu cerita lama, cerita tahun lepas, tapi buat masa ini, saya dinasihatkan supaya tidak mengulas panjang tentang isu saman berkenaan.

"Saya dapat tahu berita saman itu pun selepas diberitahu pihak pengurusan dan kenyataan dalam surat khabar. Saya sebenarnya baru balik dari Indonesia. Jadi, saya tidak boleh komen apa-apa. Selebihnya, saya serahkan kepada peguam," jelas Hafiz ketika ditemui Sensasi Bintang, usai majlis berbuka puasa dan pelancaran program Aidilfitri Astro di Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Hafiz juga enggan mengulas lanjut berhubung status peguam yang mewakilinya.

Kedengaran sangat klise, tetapi itulah lumrah jawapan artis saat berdepan kes mahkamah. Segalanya akan diuruskan oleh pihak peguam dan perkembangan terkini hanya terbuka luas apabila masing-masing hadir ke mahkamah lengkap berkaca mata hitam.

Ditebak juga, jika kebenaran berada di pihaknya, untuk apa Hafiz perlu berasa gentar mempertahankan diri?

"Memanglah berani kerana benar, tapi saya takut tersalah memberi kenyataan. Jadi, lebih baik saya dahulukan dengan 'no komen' kerana yang sedang menanggungnya saya. Saya yang kena nanti," getus Hafiz yang masih mampu tersenyum lebar.

Berhubung saman yang difailkan, sebelum ini Nur Haniza mendakwa dia sudah menyerahkan notis tuntutan bertarikh 25 Jun lepas supaya Hafiz memohon maaf dan membayar ganti rugi tetapi Hafiz menafikan ada mencederakannya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Nur Haniza mendakwa Hafiz telah menepuk bahunya dari belakang dan mendesak untuk berjumpa dengannya.

Ketika itu Nur Haniza sedang bertugas sebagai pengurus pentas untuk rancangan Salih Yaacob Show di Studio Filem Negara pada pukul 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas.

Nur Haniza mendakwa, dia menolak pelawaan Hafiz secara baik kerana sedang sibuk. Ketika sedang menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Hafiz bertindak agresif dengan menolaknya sehingga jatuh tersungkur di hadapan rakan sekerjanya.

Tindakan Hafiz itu menyebabkan Nur Haniza mengalami kecederaan pada bahagian kaki, Hafiz malangnya tidak berbuat apa-apa.

Akibat kejadian itu, Nur Haniza masih berasa sakit pada kaki kanannya dan hilang mata pencarian kerana disenarai hitam daripada bekerja untuk rancangan terbitan Astro. Dia juga terpaksa menanggung malu selepas kejadian itu yang turut disiarkan media.

Oleh itu, Nur Haniza menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi kehilangan aminiti, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Wajah bahagia Noryn Aziz


PULANG daripada satu tugasan di Damansara, Kuala Lumpur hujung minggu lalu, kerlingan tertancap pada deretan majalah hiburan yang tersusun rapi di sebuah rak jualan. Ada sepasang mata mengundang detik di hati. Barangkali sepasang mata itu juga boleh dirakamkan.

Rangkaian cerita isi jiwanya juga sudah lama diintai-intai. Begitu juga dengan rumah tangga yang dibina bersama arkitek ternama, Datuk Raja Bahrin Shah, 56, yang tidak pernah diberi publisiti meluas.

Tanpa banyak andaian, dititipkan sebaris salam. Menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), satu permintaan untuk bersua cuba diatur. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, hajat bertemu diizinkan Ilahi. Noryn, 36, yang sekian lama memilih-milih untuk muncul pada sesi fotografi berjaya dirapati.

Noryn Aziz masih Noryn Aziz yang dikenali bertahun-tahun lalu. Bicaranya likat dalam ketawa cuma penampilannya sahaja ketara berubah. Hijab yang menutupi kepalanya juga sudah labuh melepasi paras dada.

Melihat keterbukaan serta keselesaan yang terpancar dari senyuman, ia seperti isyarat untuk mukadimah perbualan melencong ke fasa kehidupan berumah tangga yang dilaluinya kini.

"Rasanya sudah agak lama saya menyepi daripada publisiti, tapi kebanyakan masa, saya ada di Kuala Lumpur, saya mengajar muzik di Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM) dan persembahan korporat. Sebelum ini, saya lebih selesa untuk tidak bercakap soal peribadi.

"Sekarang sedikit berbeza. Rasanya saya sudah mula terbuka. Terbuka itu pula tidak semestinya saya boleh bercerita tentang perkara yang terlalu peribadi," matanya melirik tenang sambil menyambung selingkar kisah.

Hendak disebut sebagai rahsia, ia bukan lagi rahsia, cuma kenyataan terbuka daripada mulutnya yang ditunggu-tunggu. Kata Noryn, mereka berkahwin pada awal tahun 2010.

"Dia (suami) seorang yang tegas dan sangat mahu menjaga maruah wanita yang menjadi isterinya. Dia tidak mahu apabila jika terlalu banyak cerita, akan keluar pula cerita yang tidak sepatutnya.

"Sekarang saya tenang untuk berkongsi. Perkara (perkahwinan) pun bukan sesuatu yang rahsia. Saya patut akur bahawa masyarakat mahu tahu dan rasanya saya pun tidak berahsia.

"Sekarang ialah masa yang paling sesuai," kongsi Noryn yang mengharapkan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri fasa bahagianya.

Keredaan Ilahi

Tambah Noryn juga: "Cinta itu anugerah Ilahi tetapi apa yang mengikat kami untuk bersama sebagai suami isteri ialah pegangan agama yang dia miliki. Saya tahu, saya jenis yang mudah terpengaruh dan saya perlukan lelaki sepertinya untuk membimbing.

"Dia juga seorang yang lembut, berbeza sedikit dengan karakter saya yang agak kasar sebelum ini. Rasanya sekarang saya banyak mengikut cara suami."

Masih lagi berputar dalam kisah yang selama ini kemas dalam lipatan. Perkenalan yang membawa kepada ikatan perkahwinan bersama lelaki bernama Raja Bahrin itu minta dikongsikan.

"Saya mulanya tidak tahu tentang kisah lampau Raja Bahrin sehinggalah perkara itu diceritakan sendiri olehnya. Dari mula kenal hingga berkahwin, kami banyak bercakap mengenai muzik dan agama.

"Dia sangat menekankan bab agama dan itulah memudahkan hijrah saya ketika ini," beritahu Noryn bahawa dia sudah mula berhitung tentang perubahan yang dilalui hari ini sejak hampir empat tahun lalu.

Raja Bahrin pernah menggemparkan negara pada tahun 1992 apabila membawa pulang dua orang anaknya, Raja Shahirah dan Raja Mohamad Baharuddin daripada jagaan bekas isterinya, Jacqueline Pascarl-Gillespie dari Australia ke Malaysia menggunakan jalan laut.

Tambah Noryn: "Kehidupan kami simple. Apa yang penting, kami ada persefahaman dan bersama-sama mencari keredaan Allah."

Kata Noryn, dia pernah menolak peluang publisiti kerana memikirkan hal rumah tangga yang sedang 'dijaga.'

"Saya rela hilang publisiti kerana beralih kepada kebaikan. Pada tahun 2010, sebenarnya saya ada keluar dengan sebuah album bertajuk I'm Alright.

"Hendak kata saya mengorbankan karier demi perkahwinan, rasanya tidak sebab saya masih menyanyi untuk korporat," jelas Noryn yang menggilap kemilau sejak tampil dengan album Alam Maya pada November 2006.

Selari dengan hijrah yang sedang dilalui, pemilik nama sebenar Norazmahwati Abdul Aziz ini juga mahu mencari titik tembung kepada perbezaan pendapat berhubung nyanyian dan syariat yang harus dituruti seorang wanita Islam.

"Untuk saya kembali dan betul-betul buat kemunculan semula, rasanya belum lagi. Sekarang saya dalam proses untuk mendalami Islam.

"Saya sendiri semakin memilih jika diberi tawaran persembahan, konsep dan acara majlis itu juga harus saya teliti terlebih dahulu.

"Tapi, saya yakin pasti ada jalan untuk saya dalam bidang nyanyian ini. Muzik itu indah dan saya percaya ilhamnya datang daripada Allah," katanya yang membayangkan untuk condong ke arah penghasilan lagu-lagu berbentuk kerohanian suatu masa nanti.

Taubat

Dari satu pendapat yang mudah, wanita pertengahan umur 30-an itu sedang berada di sebatang jalan yang jauh berbeza berbanding zaman yang pernah memperkenalkan siapa dirinya.

Ayat-ayat yang terpacul dari bibirnya penuh perhitungan dan muhasabah diri.

"Dulu saya tidak ambil berat soal aurat, saya tak fikir pun soal itu. Apa yang ada dalam fikiran saya cuma mahu kelihatan moden sahaja.

"Begitu juga dengan solat lima waktu dan hidup yang mengejar duniawi. Aurat pula bukan sekadar rambut tapi seluruh tubuh badan. Kalaulah masa itu boleh diundur, saya mahu hapuskan rakaman dan gambar-gambar yang tak sepatutnya dulu.

"Tapi, syukurlah saya diberi kesedaran. Syukur juga sebab saya dianugerahkan seorang suami yang ambil berat soal pakaian," katanya yang tidak berlebih bercakap soal hidayah.

Tidak menuding jari kepada sesiapa, Noryn faham setiap perkara yang baik serta ilmu agama itu haruslah dikongsi walaupun sepotong ayat. Sedar dan mengenal siapa dirinya, kata Noryn:

"Kita tidak tahu di mana takdir kita suatu hari nanti. Apa yang akan berlaku pada hujung hayat kita nanti pun kita tidak boleh rancang. Saya berdoa agar seseksi mana pun saya dulu, harap taubat saya diterima Allah.

"Golongan artis pula sepatutnya lebih berpengalaman dari segi perbuatan 'lagha' (sia-sia). Sebelum bercakap, kenalah ada ilmu dan jangan merendah-rendahkan orang lain."
Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...