Advertising

Wednesday, 29 August 2012

Mati tertimbus dalam liang lahad!


TEMERLOH - Seorang penggali kubur menemui ajalnya selepas tertimbus selama kira-kira lima minit di dalam liang lahad yang digalinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Penak dekat Mentakab di sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 10.15 pagi, Zailan Hamid, 40, sedang menggali tiang lahad untuk mengebumikan seorang penduduk kampung, Minah Ishak, 76, yang meninggal dunia akibat sakit tua kira-kira empat jam sebelum itu.

Rakan sekampung mangsa, Nizri Bakar, 57, berkata, sebelum kejadian, Zailan yang sudah 10 tahun berpengalaman menggali kubur bersama seorang lagi rakannya yang dikenali sebagai Nasir Musa, 44, berada di dalam kubur tersebut bagi menyudahkan liang lahad yang akan menempatkan jenazah Minah.

"Dalam keadaan berdiri, Zailan dan Nasir melakukan kerja-kerja terakhir membaiki liang lahad namun tanpa diketahui puncanya kubur tersebut tiba-tiba tertimbus dengan tanah yang berada di tebing kubur hingga menutupi badan Zailan," kata pemuda itu.

Bagaimanapun, Nasir bernasib baik kerana runtuhan tanah tersebut tidak menimpa badannya.

Nizri memberitahu, Zailan terkambus sedalam kira-kira setengah meter dan semasa itu hanya kaki kanan mangsa yang terjulur keluar dari timbunan tanah.

"Melihat kejadian tersebut, saya menjerit meminta tolong kawan-kawan yang sedang berehat di kawasan kubur," kata Nizri.

Tambah Nizri, mereka kemudian beramai-ramai menggali kubur itu semula menggunakan tangan tanpa cangkul kerana takut akan mencederakan kepala dan badan mangsa yang tertimbus.

Gitarist Malaysia: Konsert G4 menjelang 30 September ini!


SEMUA peminat muzik gitar sebenarnya ternanti-nati konsert yang julung-julung kali menggabungkan empat gitaris tersohor negara iaitu Man Kidal, Hillary Ang, Kid Search dan Joe Wings di pusat hiburan KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 30 September ini.

Konsert yang dinamakan G4 itu bakal berlangsung selepas sambutan Aidilfitri turut membuatkan keempat-empat mereka berdebar-debar untuk mengetahui maklum balas peminat mereka nanti.

Sepanjang bulan Ramadan lalu dan awal Syawal ini mereka hanya bercuti beberapa hari saya sebelum menumpukan kembali strategi untuk membuatkan konsert hampir dua jam itu menjadi momen yang tidak dapat dilupakan oleh peminat gitar.

Bagi Kid, walaupun dia dan ketiga-tiga Joe, Hillary dan Man sudah mengenali antara satu sama lain hampir 25 tahun, namun mereka tidak pernah membuat persembahan bersama-sama. Jadi dengan platform yang diberikan oleh RK Polaris selaku penganjur konsert itu dapat memberi nilai eksklusif kepada empat gitaris ini dan peminat mereka.

Pemain gitar tersohor kumpulan Search ini berkata, memandangkan ramai golongan muda yang berbakat dalam bermain gitar, persembahan mereka dalam konsert G4 nanti adalah satu platform yang baik untuk mereka ketahui selok-belok bermain alat muzik itu.

“Saya pasti terdapat jumlah besar komuniti yang berminat terhadap instrumen gitar ini, jadi inilah yang boleh saya dan G4 berikan untuk mereka lebih kenali persembahan gitar ini,” ujarnya.

Tambah Kid, konsert itu juga untuk memberi kepuasan kepada dirinya sendiri dan mahu penonton tersentuh dengan hasil persembahan mereka serta berjanji akan memberi kesungguhan yang maksimum nanti.

Sementara menurut Joe, persiapan persembahannya secara solo selama hampir 30 minit sudahpun dirancang dengan teliti tetapi persembahan berkumpulan bersama empat lagi rakannya itu masih dalam perbincangan. Dia yang mahukan yang terbaik untuk konsert itu nanti berharap menerima respons baik daripada peminat gitar yang masih belum melihat persembahan solonya tanpa mewakili kumpulan Wings.

“Apa yang pasti akan ada nyanyian tetapi sama ada saya yang akan menyanyi atau ada penyanyi jemputan itu adalah kejutan saya kepada peminat nanti,” ujarnya yang berharap konsertnya nanti akan diterima peminat tegar gitar.

Walau bagaimanapun, persembahan berkumpulan masih belum diputuskan dan masih dalam perbincangan.

“Itu mungkin diputuskan selepas hari raya, untuk persembahan solo saya juga, saya akan mempersembahkan petikan gitar itu daripada lagu yang sudah biasa didengari pendengar tetapi bukan dari lagu Wings,” ujarnya.

Keterujaan

Dalam pada itu kata Man Kidal pula, dia sesungguhnya teruja untuk menanti respons peminatnya nanti dan berharap penonton tidak membandingkan dengan pemain gitar dari luar negara.

Jika berjaya nanti, Man Kidal tidak menolak kemungkinan mengadakan konsert mini bergerak untuk peminat gitar di seluruh negara.

“Sudah tentu kami semua mahu konsert ini berjaya, kami yang akan buat percubaan pertama adakan konsert seumpama ini, ia sudah berada di landasan untuk mencapai visi bagi pemain gitar lain,” ujarnya ketika ditemui pada sesi fotografi di studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dia berjanji akan memberikan persembahan terbaik yang akan memberikan impak kepada peminatnya apabila membuat persembahan solo selama hampir

30 minit nanti.

Bekas gitaris kumpulan Search dan Cromok, Hillary Ang pula mempunyai persepsi tersendiri mengenai debaran untuk terbabit dengan konsert tersebut.

Katanya, persiapan dan latihan sudah diadakan tetapi dia masih belum memutuskan sebarang keputusan kerana masih menunggu maklum balas penerbit konsert tersebut.

“Nanti lepas hari raya mungkin semua akan diputuskan secara muktamad, apa-apa pun harapan saya konsert ini akan berjaya,” ujarnya yang sedang sibuk menyiapkan susunan lagu untuk album terbaharu kumpulan Wings.

Sambutan raya

Sempena Aidilfitri ini, kumpulan G4 tetap membuat persiapan menyambut hari raya tetapi secara sederhana sahaja.

Kid dan keluarga yang pertama kali menyambut hari raya di Kuala Lumpur akan berusaha membuat sesuatu kepada dua anaknya, Fazdeanda, 19, dan Aaqil Naguidean, 8, supaya mereka tidak berasa kebosanan nanti.

“Biasanya kami pulang ke Ipoh, Perak tetapi disebabkan sekarang ibu mertua yang sakit tinggal bersama, rancangan untuk pulang ke kampung terpaksa ditangguhkan, jadi saya kena buat sesuatu yang menarik untuk dua anak saya supaya mereka gembira beraya di Kuala Lumpur,” ujarnya yang bercadang untuk membawa kedua-dua anaknya ke Berjaya Times Square.

Jika menyambut hari raya di Kuala Lumpur agak asing bagi Kid, Joe pula sudah hampir 10 tahun menyambut Aidilfitri di ibu kota.

“Pagi raya mesti ada ketupat, rendang dan lontong, semua itu isteri saya dan mak mertua yang masak,” ujarnya yang beruntung kerana keluarga mentuanya tinggal berdekatan kawasana rumahnya.

Ujarnya, kebiasaan keluarganya akan bertukar-tukar juadah dengan keluarga mentua manakala pada hari raya kedua anak-anaknya akan ke Singapura untuk beraya di rumah ibu saudara mereka.

Bagi Man Kidal pula, dia pulang ke Mersing, Johor selama empat hari dan hidangan wajib hari raya baginya adalah lontong dan rendang.

“Kami beraya sederhana sahaja, dapat balik kampung, makan lontong sudah cukup,” ujarnya.

Berlainan dengan Hillary disebabkan bukan beragama Islam, ketika hari raya dia lebih suka menonton televisyen dan berehat di rumah sahaja.

“Biasanya saya tinggal di rumah

Noh Hujan, Mizz Nina Berlakon


NAMA pasangan suami isteri Mohammad Noh Salleh, 27, dan Shazrina Azman, 32, atau lebih sinonim dengan panggilan Mizz Nina sudah semestinya cukup gah sebagai antara penyanyi di negara ini.

Noh dikenali ramai selaku vokalis kumpulan Hujan yang baru sahaja muncul juara program Versus pada Jun lalu, manakala isterinya pula sudah acap kali berkolaborasi dengan ramai penyanyi antarabangsa.

Dengan nama kedua-duanya yang sudah semakin kukuh dalam industri nyanyian, ternyata wajah Noh dan Mizz Nina kini dapat disaksikan pula di layar perak menerusi filem berjudul Hantu Gangster.

Menceritakan tentang pembabitan mereka dalam filem berunsur komedi seram itu, Noh yang ditemui pada acara malam gala filem berkenaan di GSC Maxx Berjaya Times Square menyatakan semuanya berlaku secara kebetulan.

"Penerbit Eksekutif filem ini iaitu Fred Chong dan saya memang sudah lama saling mengenali. Jadi dia telah mengajak saya untuk sama-sama terbabit dalam filem ini.

"Kemudian saya beritahu supaya tidak mengajak saya seorang sahaja, sebaliknya saya turut mencadangkan nama Nina untuk terbabit sama dan persetujuan akhirnya dicapai apabila Fred bersetuju dengan cadangan tersebut," jelasnya.

Menurut Noh, biarpun penampilannya dalam filem berkenaan hanya sebagai cameo, pengalaman dapat terbabit dalam penggambaran filem dianggap cukup bermakna, malah layanan yang diterima daripada pihak produksi juga sangat memuaskan.

Ujarnya, sebagai individu yang langsung tidak ada sebarang pengalaman atau latar belakang dalam lakonan, dia teruja kerana banyak yang dipelajari tentang selok-belok dunia lakonan.

"Kalau setakat penggambaran yang dilakukan berulang kali itu pastinya normal buat orang seperti saya yang tidak pernah terfikir untuk berlakon filem, namun pengalaman yang diraih itu ternyata lebih berharga," ujarnya yang pernah muncul dalam drama Projek Pop bersama kumpulan Hujan sebelum ini.

Ditanya sama ada pembabitannya dalam filem berkenaan sebagai langkah awal untuk dia terjun ke bidang lakonan, Noh menegaskan ia sekadar percubaan dan tidak pernah terfikir untuk serius berlakon.

Jelas Noh, pembabitannya dalam filem tersebut juga lebih kepada memenuhi permintaan rakannya yang beria-ia mahukan dirinya dapat tampil dalam filem tersebut.

"Lagipun saya sekadar muncul sebagai cameo dan watak yang diberikan tidaklah terlalu besar. Kalau saya disuruh membawakan watak utama, secara jujurnya memang saya tidak akan melakukannya.

"Rasanya lebih baik kalau saya terus beri fokus kepada dunia nyanyian sahaja, namun saya akan mempertimbangkan kalau ada lagi menerima sebarang watak yang kecil," ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya tentang projek terbaharu Hujan, Noh menjelaskan kumpulannya bakal mengadakan konsert siri jelajah di beberapa buah lokasi yang akan ditentukan kemudian.

Menurutnya, konsert berkenaan diadakan sebagai satu penghargaan istimewa kepada peminat yang telah banyak menyokong mereka sehingga muncul juara program Versus dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000.

"Kalau mengikut perancangan, konsert ini akan bermula selepas hari raya nanti. Namun, buat masa sekarang kami masih lagi dalam peringkat perbincangan mengenai lokasi konsert yang bakal berlangsung," ujarnya.

Sekadar mencuba

Berkenaan dengan pembabitan dalam bidang lakonan, Mizz Nina turut mempunyai pandangan yang sama seperti suaminya iaitu tidak mahu serius berlakon dan mahu memberi sepenuh komitmen kepada nyanyian.

Jelas Nina, dia juga sekadar tampil sebagai cameo dalam filem Hantu Gangster dan terbabit secara tidak sengaja memandangkan Noh terlebih dahulu ditawarkan untuk berlakon.

"Kalau diikutkan cuma Noh yang terbabit dalam filem ini, tetapi dia telah mencadangkan nama saya sekali. Bila difikirkan inilah masanya untuk saya mencuba bidang yang baharu.

"Namun, saya tidak pernah terfikir untuk lebih serius dalam lakonan kerana minat saya memang dalam bidang nyanyian. Asalkan mendapat pengalaman itu sudah bermakna buat diri saya," ujarnya.

Menerusi percubaan sulungnya itu, penyanyi tersebut memberitahu banyak pengalaman menarik yang diperoleh, termasuk bekerjasama dengan ramai pelakon popular tanah air.

"Sekarang ini saya sudah dapat sedikit pengetahuan tentang kerja-kerja penerbitan sesebuah filem. Malah, saya dapat rasa kerjaya sebagai seorang pelakon ini bukanlah mudah," jelasnya.

Lancar album

Jika suaminya bakal mengadakan konsert siri jelajah bersama kumpulan Hujan, ternyata Mizz Nina juga turut mempunyai perancangan yang sama dengan mengadakan konsert di beberapa buah lokasi seperti Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

Selain itu, penyanyi yang popular menerusi lagu What You Waiting For itu bakal meluaskan sayapnya ke Australia untuk mengadakan mini konsert serta pelancaran album keduanya iaitu Take Over.

"Mungkin pada bulan Oktober ini saya akan pergi ke Melbourne, Australia dan mengadakan majlis pelancaran album terbaharu saya di sana. Sebelum ini album berkenaan terlebih dahulu dilancarkan di Malaysia sekitar bulan Mei lalu.

"Tujuan saya ke sana kerana mahu cuba untuk menembusi pasaran jualan album serta mengembangkan lagi karier nyanyian saya. Sudah tentu saya berharap dapat diterima peminat di negara tersebut," jelasnya.

Menurut Nina, pada masa yang sama muzik video terbaharunya untuk lagu Summer Burning bakal dilancarkan selepas hari raya ini. Dalam muzik video tersebut dia bergandingan dengan DJ Poet.

"Lagu Summer Burning ini tidak terkandung dalam album baharu saya, sebaliknya ia dihasilkan untuk single sahaja. Saya beruntung kerana dapat berkolaborasi dengan DJ Poet kerana dia sememangnya agak terkenal dan pernah bekerjasama dengan kumpulan Black Eyed Peas," ujarnya,

Tauke Raja Lawak Sah Bercerai!


Pelawak yang lahir menerusi program realiti Raja Lawak, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 36, mengesahkan sudah melafazkan cerai talak satu ke atas isterinya, Meera, 23, pada 12 Ogos lalu.
“Sekarang saya sudah tiada apa-apa hubungan dengan dia dan memang saya sudah kembali solo sejak dua minggu yang lalu,” katanya yang dihubungi oleh Sinar Harian.

Sebelum ini heboh diperkatakan Tauke dan Meera sudah tidak tinggal sebumbung dan dia juga sudah lama tidak bertemu Meera. Tauke menjelaskan;

“Memang benar sebelum ini rumah tangga kami dilanda krisis agak besar apabila dia keluar dengan membawa semua pakaiannya, pada bulan Julai lalu dan puncanya biarlah saya rahsiakan saja."

Perkahwinan ketiga Tauke dengan model sambilan itu berlangsung pada April lalu dan dia mempunyai enam orang anak hasil daripada dua perkahwinan terdahulu.

Filem SAM Kutipan Hanya 1.4 Juta???


Filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) karya pengarah termuda negara, Syafiq Yusof, mencatatkan kutipan RM1.4 juta sepanjang 12 hari tayangannya di seluruh negara.
“Alhamdulilah, setakat ini SAM sudah mencatatkan kutipan sebanyak RM1.4 juta dan saya berpuas hati dengan jumlah itu kerana perlu bersaing dengan dua lagi filem tempatan yang ditayangkan serentak dengan SAM," ujar Syafiq ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Rata-rata peminat yang sudah menonton filem itu memberi komen memberangsangkan terhadap filem ini kerana kelainan jalan cerita yang diketengahkan selain pengisian serta aksi lasak yang ditonjolkan berjaya menarik minat penonton.

Filem yang dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Lisa Surihani, Azad Jasmin dan Neelofa ini telah menemui penonton sejak 16 Ogos lalu.

Izara Aishah Cerewet


Izara Aishah merupakan nama yang tidak asing lagi di arena seni lakonan tanah air. Bakatnya mula dicungkil menerusi drama bersiri TV3 Vanila Coklat yang pernah ditayangkan untuk slot Lestary pada Disember tahun lalu.

Selesai sahaja berlakon dalam drama bersiri Vanila Coklat, nama Izara Aishah terus meningkat naik dan kemunculannya mula mendapat perhatian semua pihak. Selain berlakon, Izara turut dipilih menjadi duta untuk produk terkenal Cosry Purple Label, dan yang terbaru duta makanan segera, Burger King.

Izara memaklumkan kepada pihak Sinar Harian bahawa beliau merupakan seorang yang cerewat dalam bab untuk menerima tawaran sebagai duta, dan beliau hanya memilih produk tertentu sahaja.

“Saya memang cerewet dalam bab ini dan hanya memilih produk yang boleh membantu karier saya. Selain itu, saya juga akan meneliti terlebih dahulu tugas saya sebagai duta dan pasaran sesebuah produk,” ujar Izara Aishah.

Izara turut mengaku, dengan penglibatan beliau sebagai duta untuk sesuatu produk, secara tidak langsung ia dapat mendekatkan dirinya kepada peminat-peminat.

Pemimpin Kanan Parti Pembangkang Dan Anak Ditahan Kes Sumbang Mahram

JERANTUT: Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.

Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.

Mereka dibebaskan pada Isnin.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.

"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Beliau berkata, polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.

Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional. - BERNAMA

Persembahan Pertama Ariel NOAH Untuk Peminat Di Malaysia September Ini


Berita baik kepada semua peminat Ariel NOAH atau sebelum ini lebih di’kenali dengan nama Peterpan. Selebriti popular Indonesia ini bakal turun Malaysia bulan hadapan.

Ariel hadir bersama kumpulan beliau, NOAH akan menjayakan konsert Tentang Bahtera yang akan turut menampilkan Sixth Sense, The Malayan and trio Gamaliel Audrey Chantika.

Pasti ada anda yang bertanya siapakah trio Gamaliel Audrey Chantika? Mereka ini popular di Youtube dengan bakat mereka menyanyikan semula lagu pop popular.

Sixth Sense & The Malayan yang di’kepalai Andy (Flop Poppy) bersama anak’nya tidak perlu di’perkenalkan lagi kepada peminat muzik di Malaysia hari ini.

Konsert penuh Tentang Bahtera ini bakal berlangsung pada 16 September ini bertempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur & di’anjurkan oleh Livescape.

Untuk anda yang berminat, tiket tiket bermula pada harga RM55 boleh mula di’dapati melalui Ticketpro.


20 Perkara Yang Membawa ke SYURGA


20 Perkara Yang Membawa ke SYURGA... :)

Kebaikan Solat Utk Kesihatan



Kebaikan Solat Utk Kesihatan
Oleh : Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas dalam bukunya “Solat kebaikan dari perspektif sains”
—
Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...