Advertising

Thursday, 25 October 2012

Celcom: Hanya RM1 anda boleh berbual selama 16 Jam!!! dalam masa sehari!!!!


Tertarik dengan plan diatas ni?? jika YA ada yang lebih menarik dengan starter pack celcom baru ni...
Bagi yang sedia maklum starter pack celcom hanya dikeluarkan sebanyak 100ribu unit sahaja. So bagi yang berminat cepat2 la beli sebelum kehabisan. 

Penulis pun beli satu ni coz plan yang terdapat dalam starter pek ni xdapat pada rangkaian2 lain.. dan yang lebih menarik ianya adalah PREPAID!! xperlu penulis pening2 kepala fikirkan bil setiap bulan.. dan amatlah sesuai untuk student2 diluar tu.. hihi..

So jom kita tengok apa yang menarik lagi tentang starter pack celcom terbaru ni:-

Pakej BROADBAND CELCOM 1Malaysia
Broadband rm25 sebulan dan pelbagai pakej tambahan 
(sms,mms dan voice call) 

ADD 5 FRIEND : 
RM 1.00
Berbual 1000 minit
SMS 1000 sms 
per / Hari

PANGGILAN :
celcom 28 sen per 10 minit
other 28 sen per 5 minit

SMS :
celcom 1 sen per sms
other 5 sen per sms

" menang membeli, menang memakai " 
"lebih untung berbanding Celcom skmm" 

*Bagi penulis starter pack ni amatlah lengkap coz ada internet n juga bleh call msg... internet sebulan rm25 sahaja!!. add 5kawan bleh call selama 16jam!! amatlah sesuai bagi pasangan yang sedang bercinta or suami isteri yang berjauhan hihi.. sms pun xkurang hebatnya add 5kawan rm1=1000sms or 1sen/sms bleh lebam jari2 camni.. :P

Bagi sapa2 yang berminat boleh la berhubung dengan Agen penjual starter pack ni. starter pack ni xperlu korang cari dikedai2 coz xda jual, hanya agent sahaja yang ada jual..


Agen Starter Pack Celcom 1Malaysia

Din -0135812056.








Sunday, 21 October 2012

SALE!!.. SALE!!.. SALE!!..













Hari ini Malaysia Top Stories menerima E-mail dari Galeri Tudung. Nampaknya Owner FB yg comei tu tingkatkan jualan beliau ke baju pulak. So bagi yang berminat tu boleh  la ke FB dia. Katanya stok semakin kurang nak raya ni.. hehe..

ps: berminat lak yg warna merah tu nampak garang di hari raya hihi!.

Saturday, 15 September 2012

3 Kali Pakai Seluar Atas Lutut, Lelaki Tak Boleh Jadi Wali – Abby Abadi


Terkejut juga apabila membaca sebuah artikel . Apa tidaknya, Abby Abadi mengatakan bahawa tidak sah bagi lelaki menjadi seorang wali jika memakai seluar pendek atas lutut lebih 3 kali.

Abby Abadi ketika menyampaikan ceramahnya di Rumah Terbuka Hari Raya di Ampangan, Negeri Sembilan turut menjelaskan bahawa Malaysia berada didalam bahaya dari segi Ekonomi dan Agama.

Tidak menidakkan atau mengiyakan apa yang dikatakan oleh Abby. Mungkin ada seseorang yang lebih layak untuk mengesahkan benar atau tidak hukum ini. Ustaz Azhar Idrus mungkin?


“Tapi Saya Tak Tahu Ajaran Islam Sebenar” – Mislina Mustaffa, Aktivis & Aktress

Bagi yang tidak kenal siapa Mislina Mustaffa, dia adalah seorang aktress yang pernah popular dengan filem-filem bebas seperti Bernafas Dalam Lumpur arahan James Lee & Lampu Merah Hati (Monday Morning Glory) yang diterbitkan pada tahun 2005.

Menerusi filem ‘Mukhsin’ arahan pengarah tersohor Allahyarham Yasmin Ahmad, Mislina telah mengukir nama di bibir-bibir para pengkritik seni dengan bakatnya. Namun, Mislina mula mencipta kontroversi apabila dia terlibat dalam Occupy Dataran yang menyaksikan demonstrasi Perhimpunan Mahasiswa Mansuh PTPTN pada bulan April 2012.

Namun begitu, anda semua pasti tertanya-tanya dengan apa yang aktress ini lakukan sekarang kan? Terlibat dalam sebuah projek tanpa rumah, Mislina hidup bergelandangan dan bereksperimen dengan menginap di sebuah flat yang serba kekurangan serta berkongsi dengan beberapa orang lain dan juga anjing peliharaannya, Atan.

Namun, apa yang lebih menarik dari Mislina yang dikongsikannya didalam sebuah video oleh Malaysiakini ialah mengenai persoalannya tentang kesahihan Islam. Dalam video tersebut, tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Mislina.

“I realise, ok, I’m a born Muslim. But, I do not know the real Islam teaching is.” – minit 14.54

“Because only after 2-3 hundred years, the teaching of Muhammad is being written, by human. And human, they have conflict of interest. They will always have interest.” – minit 15.01

Kenyataannya ini telah menimbulkan kontroversi dan rata-rata para penonton video ini di laman Youtube tidak bersetuju dengan kenyataan Mislina.





Anda boleh tonton sendiri video selepas ini dan nilaikan ya.

Marsha Hiasi Majalah Remaja Edisi September!


Penampilan yang seksi dan mengoda sesuai dengan raut wajahnya yang mempersona membuktikan beliau bijak bergaya dalam apa jua busana yang digayakan.

Marsha Milan Londoh atau dikenali sebagai Marsha yang tinggi lampai ini telah dipilih untuk menghiasi laman hadapan bagi majalah Remaja untuk 15 september 2012!

Sesuai dengan kupasan isu tentang denim, beliau tampil dengan solekan dramatik mencipta aura kejelitaan dan mengaplikasikan juraian rambut menarik dengan jaket serta seluar jeans singkat yang memukau.

Menerusi laman hiburan Remaja, isu kali ini diketengahkan buat si pencinta denim.

Antara isu hangat lain yang bakal dikupas adalah penangan cinta suami orang, 10 gaya mudah selendang sifon, tip mengelak ketiak basah, misi menghilangkan lemak berbonjol, dan banyak lagi info serta tip menarik!

Berikut merupakan video di sebalik takbir pembikinan majalah remaja edisi September 2012:

Rozita Che Wan Sudah Ada Facebook



KUALA LUMPUR: Pelakon popular Rozita Che Wan akhirnya membuka akaun rasmi di laman Facebook (FB) untuk para peminatnya selepas lima tahun berkecimpung dalam dunia lakonan.

Rozita, 39, berkata, pertanyaan yang berterusan daripada peminat mengenai aktiviti dan perkembangannya menjadi faktor dia mendaftarkan akaun FB bernama 'Rozita Che Wan (RCW)' di laman itu.

"Saya buat akaun FB kerana mahu mendekati dan berkomunikasi dengan peminat.

Sebenarnya sudah lama mereka bertanya bila saya akan mempunyai akaun FB sendiri.

"Selama lima tahun menjadi pelakon, saya memang tidak pernah ada apa-apa akaun di laman sosial tidak kira FB, Twitter atau Instagram. Sejak tiga hari akaun itu dibuka, saya sudah mempunyai 400 kenalan," katanya.

Rozita berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya anjurannya di sebuah hotel di sini, petang Jumaat.

Pada majlis yang julung kali diadakan itu, Rozita meraikan sekitar 100 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga, kenalan artis yang rapat dan wakil media.

Antara kenalan artis yang hadir adalah Dafi, Didie Alias, Roslan Shah, Azza (Elite), Fazly Zainal, Zain Saidin, adiknya Ayu Raudhah dan adik ipar Mazlan Pet Pet.

Rozita berkata, idea untuk menubuhkan akaun rasmi itu tercetus sejak dia memeterai perjanjian pengurusan artis dengan syarikat Laugh Out Loud (LOL) Entertainment milik penyanyi Dafi, pada awal bulan ini.

"Akaun FB ini bukan sahaja sebagai platform untuk saya berkomunikasi dengan peminat, malah saya dapat berkongsi aktiviti terbaru dan mempromosikan drama televisyen yang saya bintangi.

"Sejak bernaung di bawah pengurusan LOL Entertainment pada awal bulan ini, kami merasakan penubuhan akaun FB ini idea yang baik untuk mendekati peminat dan tujuan kerja.

"Selama ini, saya uruskan hal ehwal kerja sendirian dan tidak berkesempatan untuk mempunyai akaun sosial.

"Bila sudah ada pengurusan ini tentu saya ada waktu terluang sikit untuk berinteraksi dengan peminat di laman itu," katanya.

Mengenai kerjaya, Rozita berkata, dia bakal memulakan penggambaran telefilem komedi terbaru berjudul Bila Daddy Buat PHD di Perlis pada minggu hadapan.

"Saya juga akan terlibat dalam penggambaran sebuah telefilem Hari Raya Haji juga diterbitkan Zeel Productions selepas ini."Pada Oktober depan, saya akan terlibat dalam drama bersiri Kiah Pekasam untuk musim terbaru.

"Kami dijangka terbang ke Jepun untuk penggambaran," katanya yang akan bercuti ke London, England dan Paris, Perancis bersama Ayu Raudhah tidak lama lagi.

Zed Zaidi Seperti Menepuk Air Di Dulang, Terpercik Ke Muka Sendiri – Hairie Othman

Susulan kenyataan yang agak keras daripada Zed Zaidi tentang artis yang dibayar lumayan untuk memburukkan kerajaan, Hairie Othman tampil membalas kata-kata yang dikeluarkan oleh Presiden Seniman itu. Menurut Hairie Othman, Zed Zaidi seperti menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri. Kalau anda tak faham peribahasa ini, silalah tanya cikgu Bahasa Melayu anda.



Kata Hairie Othman:-

Dia cakap macam itu sebab dia melihat diri dia sendiri agaknya dan dia fikir semua orang berfikiran sama macam dia. Kalau tidak, masakan dia mengakui, artis tidak akan membuat sesuatu dengan percuma. Kalau artis atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Seniman contohnya hendak menyebelahi Umno, tak apa pula, tetapi bila ada yang sokong pihak lain tak bolehkah? Seniman sendiri juga digunakan Umno, tetapi itu pendirian Seniman.

Rossa Kembali Dengan The Best Of Rossa


Kariernya di dalam dunia muzik diakui sebagai salah seorang diva Indonesia terbukti melalui puluhan singlenya meletup di corong-corong radio di Malaysia mahupun Indonesia.

Melalui album ini Rossa berkongsi bersama peminatnya himpunan lagu-lagu hits beliau seperti Pudar, Ayat-Ayat Cinta, Tegar, Atas Nama Cinta, Kini, Ku Menunggu & Terlanjur Cinta.

Uniknya album kali ini, penjualan album Rossa ini di Indonesia hanya boleh didapati di Kentucky Fried Chicken (KFC) dan penjualan album ini menjangkau 1.5 juta unit.

Selain itu, lagu-lagu baru yang dimuatkan di dalam album ini turut berbeza buat pasaran di Malaysia kerana lima buah lagu baru dimuatkan berbanding tiga buah lagu sahaja di Indonesia.

Pertemuan Rossa bersama Joe Flizzow setahun yang lalu turut membuahkan hasil lagu yang sangat istimewa. Lagu ini adalah lagu bahasa Inggeris pertama yang dinyanyikan oleh Rossa di dalam albumnya. Nuansa muzik lagu tersebut juga sangat kental dengan ‘dance music’ dan sisipan rap dari Joe Flizzow.

Ketika sidang media, Rossa turut berkongsi bersama para wartawan ingin menunaikan haji bulan hadapan. Beliau akan berangkat ke Tanah Suci setelah mendaftar setahun lepas. Bercakap mengenai hubungan istimewa Rossa bersama seorang usahawan awal 30-an di Indonesia Rossa terus berteka-teki mengenai status beliau.

Rossa bakal kembali ke Malaysia lagi dalam jangka masa terdekat bagi memenuhi jemputan showcaseyang bakal diadakan kelak. Peminat Rossa, album terbaru Rossa yang sudah berada di pasaran.

Dr Asri Puji Ning Baizura Tarik Diri Dari Show Minuman Keras


Tindakan Ning Baizura menarik diri dari menjayakan persembahan ‘Guinness Arthur’s Day’ yang bakal berlangsung 28 September ini di Souled Out, Mont Kiara, mendapat pujian daripada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.. Menurut Dr Asri, apa jua persembahan yang ada kaitan dengan minuman keras secara langsung ataupun tidak adalah haram.

Ning Baizura yang menarik diri setelah beliau mendapati persembahan itu ditaja oleh jenama minuman keras dan mukanya telah disalahgunakan sebagai poster untuk mempromosikan minuman keras tersebut telah di puji oleh Dr Asri bahkan juga oleh peminat-peminat Ning Baizura sendiri..

“saya ucapkan tahniah kepada Ning. Ini adalah sikap yang baik,”

“sekiranya sebarang persembahan yang diadakan dipercayai mempunyai kaitan dengan kempen mempromosi minuman keras sama ada secara langsung atau tidak langsung, ia adalah haram.”

Tambah Dr Asri lagi, Beliau menggesa agar semua artis untuk memperbaiki diri dengan mendekati asas-asas agama dengan sebaiknya.

“Maksud saya di sini bukanlah untuk menggesa mereka menjadi pendakwah sebaliknya untuk memastikan mereka mempunyai asas agama yang kukuh untuk tidak melanggar batas agama walaupun mereka terlibat dalam bidang hiburan,” (Sinar Harian)


Lisa Surihani Tidak Akan Sertai KRU Studios


Apabila Lisa Surihani yang mengesahkan tidak lagi bernaung dibawah Metrowealth (MIG) setelah kontraknya bersama MIG tamat pada 10 ogos yang lalu, ramai yang membuat spekulasi bahawa Lisa Surihani akan menandatangi kontrak bersama KRU Studios.. Lisa Surihani yang dihubungi pihak media menidakkan spekulasi tersebut..

“Saya tidak akan menyertai KRU Studios. Bukan kerana tidak yakin dengan pengurusan mereka . Tetapi saya melihat peluang bergerak sendiri ini sebagai satu peluang untuk saya belajar sesuatu. Saya perlu kukuhkan karier lakonan saya dengan usaha sendiri. Bukan selamanya mengharapkan bantuan pihak lain. Selain itu, saya juga tidak mahu suami saya (Yusry Abdul Halim) melalui konflik kepentingan apabila saya bernaung dengan KRU Studios.”

“Kami telah pun berbincang tentang perkara ini, dan kami sepakat adalah lebih baik saya tidak bersama KRU. Keputusan ini sebenarnya telah lama saya buat, iaitu sebelum saya mengenali Yusry lagi. Saya memang sudah merancang untuk tidak menandatangani mana-mana kontrak seandainya kontrak saya bersama MIG berakhir. Bukan soal selesa atau tidak selesa bersama KRU, tetapi saya harus melihat dalam konteks yang lebih besar apabila suami-isteri berada di dalam satu syarikat yang sama” (Gua)

Ada betul juga apa yang dikatakan Lisa Surihani tu.. MyGosip yakin dengan pengalaman yang luas dalam bidang seni, Lisa mampu merencana kerjaya seninya sendiri..
Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...