Advertising

Saturday 15 September 2012

Artis Dibayar Ribuan Ringgit Untuk Burukkan Kerajaan – Zed Zaidi


Zed Zaidi yang juga Presiden Seniman mendedahkan terdapat segelintir artis yang dibayar puluhan ribu ringgit oleh parti politik tertentu untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.. Menurut Zed Zaidi artis-artis berkenaan akan hadir dalam ceramah-ceramah anjuran parti politik itu dan mereka akan diberi imbuhan berlipat kali ganda berbanding ketika mereka aktif dalam dunia seni sebelum ini.

“Hasil maklumat yang kami peroleh, artis-artis yang cenderung kepada parti politik tertentu dengan menyertai ceramah-ceramah mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni.”

“Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan,”

Tambah Zed Zaidi lagi, parti politik berkenaan terpaksa menggunakan artis kerana golongan ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam menarik orang ramai menghadiri ceramah mereka.

Malah ujarnya, terdapat juga artis yang terpaksa berbuat demikian untuk mengalih perhatian bagi menutup kisah hitam masing-masing sebelum ini.

“Ada juga artis yang berhijrah tetapi bukannya benar-benar berhijrah sebaliknya sekadar mahu menutup kisah buruk diri yang pernah dilakukan semasa bergelar artis.”

“Ia bukan langkah yang bijak sebaliknya mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu sebelum pilihan raya umum sahaja.”

“Selepas pilihan raya, saya pasti artis-artis ini akan senyap kerana sudah tiada jemputan untuk mereka sertai ceramah,”

No comments:

Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...