Advertising

Tuesday 14 August 2012

Kesal Sikap Neelofa, Yusof Haslam Pesan Supaya Jangan Lupa Diri

Tidak senyap nampaknya kontroversi yang melanda selebriti bernama Neelofa ini. Ada sahaja masalah yang timbul berkait dengan pelakon & pengacara ini.

Terbaru melalui Berita Harian semalam, Datuk Yusof Haslam khabar’nya meluahkan perasaan beliau yang kurang senang dengan sikap Neelofa sejak akhir akhir ini.

Yusof Haslam khabar’nya kurang senang dengan sikap Neelofa yang enggan turun ke rangka promosi filem terbaru yang di’bintangi beliau, S.A.M yang bakal ke pawagam.

Komunikasi antara Skop Productions dengan Neelofa juga sangat sukar menurut laporan tersebut apabila beliau enggan menjawab sebarang SMS atau panggilan.

Yusof Haslam turut menyampaikan pesan buat Neelofa supaya jangan lupa diri setelah popular sekarang ini walaupun watak dalam filem S.A.M merupakan watak kecil.

Pengurus Neelofa memberi maklum balas kepada Sinar Harianhari ini meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi akan kenyataan Yusof Haslam itu.

“Kenyataan rasmi akan dibuat Neelofa dalam jangka masa terdekat dan segala spekulasi mengenai perkara itu harap dapat dihentikan,” ujar Amir kepada media hari ini dan ya, kami tunggu.


No comments:

Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...