Advertising

Tuesday 14 August 2012

Siti Saleha Masih Single

Pelakon dan model terkenal Siti Saleha merupakan selebriti yang telah dipilih untuk menjadi fashionista Raya Trendsetter Online KL SOGO pada tahun ini. Secara tidak langsung, ia meletakkan Saleha sebaris dengan artis terkenal tanah air yang lain seperti Aishah Sinclair, Diana Danielle, Dayang Nurfaizah, Scha Alyahya dan juga Izara Aishah.

Ketika bertemu di majlis berbuka puasa antara Siti Saleha dan para pemenang pertandingan Trandsetter Online sabtu lepas, sempat menemu bual Saleha berkaitan gosip yang melanda dirinya baru-baru ini.

Baru-baru ini timbul gosip yang mengatakan Siti Saleha bercinta dengan penjaga gol Sabah, Syed Adney, yang juga adik kepada pelakon terkenal Sharifah Sofia. Apabila diajukan soalan, adakah gosip tersebut benar? Saleha hanya mampu menjawab bahawa percintaan antara dirinya dan Syed Adney sudah lama berakhir.

Siti Saleha mengaku secara jujur kini beliau single dan tidak terikat dengan mana-mana lelaki. Ketika gosip tersebut tersebar, beliau sendiri rasa pelik dan hanya mampu mendiamkan diri kerana tiada pihak media yang tampil untuk mendapatkan kepastian dari dirinya.

Merujuk kepada persiapan Raya, Saleha memaklumkan pada tahun ini beliau akan memakai busana rekaan pereka terkenal Wanpa. Wanpa merupakan salah seorang pereka fesyen kegemaran Saleha dan beliau sering mendapatkan khidmat pereka fesyen ini.

Beralih kepada perkembangan karier seni, Saleha baru sahaja menamatkan penggambaran Telefilem untuk TV9 yang berjudul “Aku, dia dan tong sampah.” Telefilem ini dijangka akan di tayangkan pada 3 Oktober akan datang.



No comments:

Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...