Advertising

Wednesday 25 July 2012

Dejavu Di Kinabalu: Giliran Anda Tentukan Penghujung Kisah Cinta Nadira

Ingat lagi kisah Tiz Zaqyah yang kami khabarkan kembali ke arena Twitter tetapi hanya untuk sementara, ia ada kena mengena dengan drama terbaru beliau.

Tiz Zaqyah yang memegang watak Nadira dalam drama bersiri Dejavu Di Kinabalu menghangatkan lagi ‘perang Twitter’ antara dua jejaka yang merebut cinta beliau.

Nazim Othman tampil dengan @TeamBazli & Aqasha dengan akaun @TeamAmmar dan anda juga mempunyai peluang untuk menentukan penghujung kisah cinta mereka bertiga.

Bagi anda yang mengikuti perjalanan Dejavu Di Kinabalu, pasti anda tahu Nadira kini tersepit antara cinta Ammar, lelaki yang telah mengajarnya erti sebenar kasih & cinta atau pulang ke pangkuan Bazli, lelaki yang banyak berkorban untuknya.

Anda boleh mengundi Dejavu A untuk Ammar atau pun Dejavu Buntuk Bazli dan hantarkan ke 33399 & talian undian akan di’buka sehingga jam 8.00 malam 26 Julai 2012 ini.

Hasil pilihan peminat boleh di’tonton pada episod akhir Dejavu Di Kinabalu yang akan bersiaran di slot Akasia TV3 pada 2 Ogos 2012. Tunggu apa lagi, bukan selalu drama di kaca televisyen memberikan hak demokrasi sebegini kepada para peminat. Heh.


Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...