Advertising

Wednesday 18 July 2012

Tauke ekstasi dicekup!


GEORGE TOWN – Polis menahan seorang penyelenggara penyaman udara serta merampas 52 bungkusan berisi pil ekstasi termasuk dalam bentuk serbuk pelbagai warna bernilai RM243,500 di kediamannya di Tanjung Bungah di sini kelmarin.

Lelaki berusia 28 tahun itu diberkas sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Timur Laut di pekarangan rumahnya kira-kira pukul 10 malam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, penangkapan suspek yang tinggal bersama ibu bapanya itu dilakukan berdasarkan risikan dan maklumat yang diperoleh daripada orang awam.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan di rumah itu, polis menemui 2,383 biji pil ekstasi dalam 25 peket plastik manakala serbuk dadah jenis yang sama dalam pelbagai warna seberat 2,294 gram.

“Pil ekstasi itu disembunyikan di dalam kotak minuman keras manakala serbuk ekstasi yang diisi di dalam peket plastik lut sinar disimpan dalam satu bekas plastik.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai bergerak seorang diri tetapi kita masih menyiasat sama ada dia ada hubungan dengan mana-mana sindiket,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...