Advertising

Wednesday, 18 July 2012

Katy Perry & Russel Brand Sah Bercerai


Setelah kecoh sekitar hujung tahun 2011 mengenai pasangan selebriti Hollywood ini yang telah mula hidup berasingan, hari ini mereka berdua telah sah bercerai selepas 6 bulan menjalani pelbagai proses.

Russel dan Katy telah mendirikan rumah tangga selama 14 bulan apabila mereka berdua mengalami masalah dalaman. Apa yang menguntungkan ialah Russel Brand tidak bercerai dengan tangan kosong. Russel yang juga seorang pengacara untuk rancangan terbaru, “Brand X”, turut mendapat habuan setengah dari $44 juta yang Katy kumpulkan sepanjang mereka bersama.

Menurut laporan Dailymail, serentak dengan hari perceraian mereka berdua, Russel telah membawa keluar teman wanita barunya yang juga adik kepada pelakon Fast & Furious (Jordana Brewster), Isabella Brewster.

Untunglah, sudah bercerai pun dapat habuan lagi. Hollywood.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...