Advertising

Wednesday, 25 July 2012

Zed Zaidi Terlibat dengan kemalangan!



Terkejut juga kami apabila awal tengah malam tadi, terdapat beberapa sumber menyampaikan yang pelakon Zed Zaidi terlibat dalam kemalangan yang agak dahsyat.

Kalau di’lihatkan kepada sekeping gambar yang tersebar luas di Twitter ketika itu, memang keadaan Zed Zaidi sangat parah dan menimbulkan kerisauan di hati peminat.

Ini terbukti apabila hashtag #PrayForZedZaidi menjadi trending topic di Twitter dalam masa kurang sejam sebelum berita sebenar sampai ke pengetahuan umum.

Beberapa pihak yang rapat dengan Zed Zaidi mengesahkan kemalangan yang di’dakwa terjadi itu hanyalah sebahagian daripada babak lakonan untuk sebuah drama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...