Advertising

Monday 16 July 2012

(VIDEO)Prebiu Album Baru Mawi, Asmaulhusna

Sudah agak lama juga Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi tidak mengeluarkan album. Bagaimana pun peminat-peminat Mawi bolehlah melepaskan rindu untuk mendengar lontaran suara Mawi kerana beliau bakal muncul dengan album terbaru berjudul Asmaulhusna.

Album ini dijangkakan akan berada di pasaran minggu hadapan. Bagus juga mengeluarkan album sebegini memandangkan bulan Ramadan akan menjelma tidak lama lagi. Buat anda yang berminat, inilah prebiu album Mawi, Asmaulhusna. Dengan penjenamaan dan promosi yang baik, siapa tahu album ini boleh meletakkan Mawi sebaris dengan Maher Zain dan mengembalikan ‘Aura Tsumawi’ yang dulunya hebat melanda industri muzik tanahair.
Album ini diterbitkan oleh Arteffects International & MW Entertainment Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia. Jangan lupa nantikan kemunculannya!
Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...