Advertising

Wednesday 18 July 2012

Shila Amzah Cantik Sebab Kolagen?


Nur Shahila Amir Amzah atau lebih mesra dipanggil Shila Amzah, 22 telah melebarkan sayapnya di bidang perniagaan menerusi produk kecantikan kolagen sejak jun lalu. Produk kecantikan yang diasaskan oleh Shila Amzah ini dikenali sebagai Collagen Enrich dan telah pun sebulan berada di pasaran.

Menurut penyanyi berbakat ini, beliau sebenarnya telah lama fikirkan idea untuk menghasilkan produk kecantikan ini. Tetapi, oleh kerana sibuk menguruskan jadual harian nyanyiannya menyebabkan niatnya ini sering tertangguh. Disebabkan terlalu obses dengan kecantikan, Shila telah mengambil keputusan untuk memiliki produk kecantikannya sendiri, maka lahirlah produk Collagen Enrich ini.

Secara umumnya, Collagen Enrich ini dikatakan mampu menganjalkan kulit, meremajakan, memutih serta melembutkan kulit. Selain itu, ia juga dikatakan mampu meningkatkan daya ingatan dan sistem imunisasi badan serta mengurangkan kedutan halus pada wajah.

Di sini pihak OHBULAN! ingin berkongsi fakta sebenar kolagen yang dipetik daripada Classic Collagen, di mana kolagen merupakan protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan. Selain itu, kolagen turut difahamkan mampu menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dalam tisu badan.

Sumber : Buzzera, Classic Collagen
Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...