Advertising

Tuesday 24 July 2012

Hampir Setahun Dah Saya Tidak Makan Nasi” – Watie Elite

Terkejut juga kami apabila membaca sebuah artikel yang mengatakan bahawa Watie Elite sudah hampir setahun tidak makan nasi. Iya lah, siapa yang tahan tak makan nasi kan?

Dalam laporan mStar Online hari ini, Watie mengaku dia sudah hampir setahun tidak menjamah makanan ruji itu dan akan merasa mual jika memakannya. Antara sebab dia tidak mahu menjamah nasi adalah kerana dia ingin mengekalkan bentuk tubuh badan yang cantik.

“Hampir setahun dah saya tidak makan nasi kerana ingin mengamalkan diet selepas kagum melihat kelangsingan tubuh kakak saya walaupun sudah berusia lingkungan 40-an. Kini saya langsung tak boleh makan nasi dan kalau nak rasa pun cuma sedikit sahaja.”

Bagus juga kekalkan bentuk badan, bertambah sayanglah Joey pada Watie bila melihat isterinya sentiasa kekal cantik bergaya. Maklumlah, selalunya apabila seseorang wanita itu sudah berkahwin, jarang mereka mahu menjaga badan. Anda bagaimana pula?

OHBULAN! : Teringat seorang kawan ini, dari awal kenal sehingga sekarang memang tak jamah nasi. Lauk saja yang dimakannya.
Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...