Advertising

Monday, 16 July 2012

Justin Bieber Lancarkan Album Terbaru, “Believe”, Bersama Peminat Malaysia


Jika sebelum ini, Justin Bieber hanya memeluk peminat bertuahnya ketika di konsertnya sendiri. Kali ini, mungkin kerana dia terpaksa menjadi artis pembukaan untuk MTV World Stage 2012, sebuah sidang akhbar album terbaru, “Believe”, bersama para peminat dan media telah diadakan di Kuala Lumpur Convention Center. Dan apa yang menarik, seorang peminat bertuah telah mendapat pelukan bertuah dari Justin Bieber.

Walaupun baru saja tahun lepas Justin Bieber atau mudah dipanggil JB ini turun membuat persembahan sehingga menyebabkan peminatnya ‘histeria’, ketika muncul sahaja dihadapan para peminatnya di KLCC, pantas JB menjerit, “Hi Malaysia! Saya gembira dapat datang kesini semula. Setiap kali saya datang, anda semua pasti akan menyambut saya dengan tangan terbuka dan saya sangat gembira. Saya sayang anda semua!”

Tidak disangkakan bahawa majlis yang dianggap hanya sekadar sidang akhbar untuk pelancaran album baru, “Believe”, ini telah bertukar seakan-akan konsert mini pula apabila JB mempersembahkan 7 buah lagu termasuklah lagu “Baby”. JB juga turut mempersembahkan lagu-lagunya yang lain seperti One Less Lonely Girl, Die in Your Arms, Baby, dan juga lagu terbaru, As Long As You Love Me.

Untuk para peminat yang langsung tidak dapat berjumpa dengan Justin Bieber samada di sidang akhbar mahupun di MTV World Stage yang berlangsung di Sunway Surf Beach, anda bolehlah dapatkan album terbarunya berjudul “Believe” di pasaran sekarang!

Jom dengar lagu terbaru JB selepas ini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...