Advertising

Monday 16 July 2012

“Saya Yakin PopMyCase Mampu Tarik Minat Ramai” – Amy Search


Jumaat lepas berlangsungnya majlis pelancaran Popmycase yang berlangsung di Zouk Cafe Bar, The Gardens Mall. Majlis yang turut dihadiri selebriti terkenal, Amy Search ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberap orang artis seni lukisan yang berkolaborasi bersama Popmycase.

Untuk pengetahuan, Popmycase adalah sebuah lagi syarikat dibawah Popmyberry yang menghasilkan ‘casing’ mod untuk para pengguna telefon bimbit Blackberry dan Iphone. Dengan adanya Popmycase, anda boleh mereka ‘design’ anda sendiri untuk diletakkan di ‘casing’ telefon anda.

Dalam pada itu, Amy Search ketika ditanya apakah potensi Popmycase untuk menarik peminat diluar sana.

“Kebanyakan feedback saya dapat apabila saya sedang menggunakan telefon saya. Bila mereka nampak ‘casing’ yang saya pakai, terus saya bagitahu mana saya dapat seperti di Facebook dan Twitter,” ujar Amy Search.

Tambah Amy Search lagi, “Produk ini juga adalah sebuah produk yang bagus dan menarik minat saya sendiri. Saya yakin Popmycase mampu tarik minat ramai.”

Jadi, kepada anda diluar sana pasti ada yang sudah tidak sabar mahu memakai Popmycase ini bukan? Dengan harga yang berpatutan, anda boleh memilikinya untuk telefon bimbit anda. Jom layari laman web rasmi, Popmycase, sekarang!
Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...