Advertising

Saturday, 21 July 2012

Wings Kini Terbang Di Bawah Sayap KRU


Siapa sangka, kumpulan rock terhebat Malaysia, Wings akan bernaung di bawah KRU, yang mencipta nama dengan lagu rap suatu ketika dahulu. Kalau anda katakan perkara ini boleh terjadi 10 tahun yang lalu, pasti Abang Nara akan gelak terkekeh-kekeh. Namun semalam, Wings secara rasminya telah pun mengikat kontrak untuk terbang di bawah sayap KRU.

Memang benarlah kata orang dunia sekarang ini semuanya boleh terjadi. Abang Nara sebenarnya teruja dengan gabungan 2 nama besar ini. Lagipun Wings sudah terlalu lama tidak mengeluarkan album baru. Walaupun lagu-lagu Wings yang lama masih sedap didengar, pastinya peminat tegar Wings teringin mendapatkan album mereka. Tak gitu?

Secara jujur, Abang Nara dapat bayangkan album “Menakluk Kosmos” yang bakal diterbitkan September ini pastinya akan menjadi antara album terbaik Wings. Tak sabar la pulak rasanya. Diharap kerjasama KRU dan Wings bakal mengembalikan kembali zaman kegemilangan Wings. Info dari Mstar 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...