Advertising

Sunday 22 July 2012

Dua mayat lelaki dengan kesan tikaman ditemui

KUALA LUMPUR - Mayat dua lelaki dipercayai rakyat asing ditemui dengan kesan tikaman di rusuk dan dada berhampiran Jalan Sungai Tekali Hulu Langat, Kajang dekat sini semalam.

Mayat dua lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an dan lengkap berpakaian itu ditemui oleh seorang pemburu babi hutan.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, pemburu itu membuat laporan polis berhubung penemuan dua mayat itu di Balai Batu 14, Hulu Langat pada pukul 2.20 petang.

Tiada senjata dijumpai di kawasan itu, katanya di sini.

Beliau berkata, polis turut menemui dua beg pakaian dan satu telefon bimbit berhampiran mayat itu.

"Forensik menemui kesan darah atas jalan menuju ke tempat mayat dan berdasarkan keadaan mayat, polis percaya kedua-dua lelaki itu telah mati selama tiga hari,” katanya.

Kedua-dua mayat itu dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA
Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...