Advertising

Thursday 26 July 2012

Perjuangan Seni Dan Politik Jangan Dicampur Aduk – Zed Zaidi


Lagi mengenai artis dan politik, Tapi kali ini Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pula yang bersuara.. Menurut Zed Zaidi, artis bebas menyertai mana-mana parti politik kerana ianya adalah hak individu namun begitu artis tidak sepatutnya mencampur aduk antara politik dan bidang seni demi kepentingan diri sendiri dan pihak tertentu..

Tambah Zed Zaidi lagi, Jika artis yang menyertai parti pembangkang dan rasa tertindas oleh media arus perdana, Sila laporkan kepada Seniman.. Kerana Seniman memperjuangkan hak artis tanpa mengira ideologi politik mereka..

“Jika artis mahu menyertai mana-mana parti politik, itu terpulang kepada mereka. Perjuangan politik negara dan perjuangan seni tanah air adalah sesuatu yang amat berbeza dan tidak boleh dicampur aduk. Jangan melibatkan kepentingan peribadi apabila menyertai parti politik,”

“Jika mana-mana artis mahu sertai parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang, itu tidak menjadi satu masalah. Terpulang kepada prinsip dan ideologi masing-masing,”

“Negara kita ada undang-undang. Jadi masuklah mana-mana parti politik sekali pun, asalkan tidak menghina agama, menyentuh sensitiviti kaum atau mengutuk pemerintah kita, mereka masih boleh kekal berpolitik,”

“Janganlah apabila masuk saja parti pembangkang, terus saja cakap lepas ni tidak boleh masuk media arus perdana lagi. Jika betul perkara ini berlaku, beritahu kami, saya sendiri akan siasat mengenai perkara ini,” (Sinar Harian)
Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...